Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Pemergian" Rafizi Cetus Persoalan Apakah Nasib Sistem PADU, Diteruskan Atau Dibatalkan?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Di sebalik peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli gara-gara gagal  dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR timbul persoalan mengenai masa depan agenda nasional penting yang berada di bawah tanggungjawab beliau.

Seperti sedia maklum, Rafizi adalah individu di sebalik Pangkalan Data Utama (PADU), iaitu sebuah pangkalan data pusat bernilai RM85 juta yang direka untuk membantu kerajaan menyasarkan subsidi dengan lebih tepat. 

PADU bertujuan menentukan siapa yang layak menerima bantuan seperti subsidi petrol, elektrik dan bantuan kerajaan lain.

Namun dengan  peletakan jawatan Rafizi, apa pula nasib PADU? Adakah menteri yang bakal menggantikan tempat Rafizi akan memberi keutamaan kepada sistem ini, atau membiarkannya ia lenyap begitu sahaja atau wujud pula sistem baharu?

Buat masa ini,  Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran Rafizi Ramli.

Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti 

Berbalik kepada PADU, kerajaan sudah pun mengesahkan untuk menggunakan kad pengenalan  dalam penyasaran subsidi RON95 memandangkan bantuan SARA juga berjalan lancar kerana menggunakan mekanisme MyKad.

image.png

Jadi, buat masa ini, nasib PADU masih belum diketahui atau kerajaan mungkin menggunakan mekanisme lain?

Pada hemat penulis, idea Rafizi akan tetap diteruskan memandangkan  dasar itu dilihat relevan. Maka , tiada  sebab untuk kerajaan menghentikan walaupun jawatan menteri ekonomi digantikan oleh menteri lain.

Apa pula pandangan anda? 



Gallery

Tag:

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)
Minister of Economy, Rafizi Ramli
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

02-01-2024
Berita Auto

22-12-2023
Berita Auto

01-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026