Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton, Continental Bekerjasama, Proton Kini Jadi Pusat Sehenti Jual, Pasang Tayar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton kini menjalinkan kerjasama dengan Continental Malaysia  bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara. 

Menerusi kerjasama ini, pusat servis PROTON bakal berfungsi sebagai pusat sehenti bagi jualan tayar,  pemasangan profesional, dan perkhidmatan selepas jualan bersama Continental Malaysia. 

Menjelang Disember tahun ini, PROTON menyasarkan sekurang-kurangnya 60 cawangan akan menyediakan perkhidmatan ini untuk  semua model PROTON, sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan penyelenggaraan lengkap di bawah  satu bumbung.

Pelanggan kini boleh membeli dan memasang tayar semasa servis berkala, dengan harga tayar yang kompetitif  bermula daripada RM211 seunit khusus untuk Proton Saga. 

image.png

Semua tayar yang ditawarkan adalah keluaran terkini  bagi memastikan tahap keselamatan dan prestasi maksimum, manakala pemasangan dilakukan oleh juruteknik  bertauliah PROTON untuk menjamin kualiti perkhidmatan.

Selain itu, pelan perlindungan Total Confidence Plan (TCP) oleh Continental Malaysia turut disediakan, merangkumi jaminan kerosakan jalan raya selama setahun serta penggantian tayar satu dengan satu secara percuma bagi kes-kes yang tidak diduga.

Bagi pelanggan yang mengutamakan fleksibiliti kewangan, kemudahan pembiayaan melalui Direct Lending juga ditawarkan, membolehkan pembayaran ansuran bulanan yang lebih  mudah dan terancang.

Ketua Pegawai  Eksekutif, Proton Edar.  Roslan Abdullah berkata, pihaknya mahu memberi tumpuan besar terhadap pelaburan dalam aspek selepas jualan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan di pusat servis bertauliah. 

image.png

"Pengenalan perkhidmatan penukaran tayar merupakan langkah seterusnya dalam usaha kami mentransformasikan pusat  3S/4S menjadi penyelesaian sehenti yang lengkap. Ini mencerminkan usaha kami untuk memperkukuh imej  PROTON sebagai jenama automotif pilihan utama rakyat Malaysia," katanya.

Dengan lebih 173 pusat servis dan 73 pusat Body & Paint di seluruh negara, PROTON juga kini menawarkan pelbagai servis:

  1. Perkhidmatan FS90 Fast Service, yang menjamin penyelenggaraan dalam masa 90  minit daripada pendaftaran hingga penyerahan kunci kepada pelanggan.
  2. ProCare Smart Plan (PSP) dengan  penjimatan menarik melalui pakej penyelenggaraan dan pembiayaan fleksibel.
  3. Aplikasi MyProton untuk  penjadualan servis dan kemas kini semasa
  4. Manual Pemilik Digital yang boleh diakses dalam talian
  5. Body & Paint (B&P) dan Proton Insurance Programme (PIP) yang menawarkan khidmat  pemulihan kenderaan kemalangan oleh pakar dan penyelesaian insurans khusus

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tayar baharu PROTON serta senarai cawangan terlibat, sila layari 

laman web rasmi PROTON atau hubungi pusat servis PROTON berhampiran anda. 


Gallery

Tag:

Continental
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tayar EcoContact 6, EcoContact 6Q, Direka Untuk Kereta Petrol, Hibrid, Elektrik

Tayar EcoContact 6, EcoContact 6Q, Direka Untuk Kereta Petrol, Hibrid, Elektrik

Pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental memperkenalkan EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ke pasaran Malaysia, baru-baru ini.

10-07-2025
Berita Auto
Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto
Kilang Continental Di Alor Setar Ditutup Hujung Tahun 2025

Kilang Continental Di Alor Setar Ditutup Hujung Tahun 2025

Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Malaysia, menjelang hujung tahun 2025.

28-04-2025
Teknologi
Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.

06-02-2025
Berita Auto
Ada 2,500 Panel Solar Di Kilang Tayar Continental, PJ

Ada 2,500 Panel Solar Di Kilang Tayar Continental, PJ

Penjanaan tenaga solar semasa waktu pengeluaran dikatakan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1,400 tan setahun.

28-01-2025
Global
Ketahanan Tayar MaxContact MC7, Memang Luar Biasa!

Ketahanan Tayar MaxContact MC7, Memang Luar Biasa!

Tayar MC7 mampu tahan tork sehingga 900 Nm.

23-04-2024
Berita Auto
Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!

Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!

Continental Tyre Malaysia, meraikan ulang tahun ke-60 syarikatnya dengan melancarkan Total Confidence Plan (TCP) dan ganjaran e-dompet kepada pembeli tayar baharu.

03-04-2023
Berita Auto
Tayar Baharu Continental,  ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7.

01-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026