Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432 kilometer (km) dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.

Proton e.MAS 7 telah membuktikan prestasinya dengan merentasi negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, Malaysia Timur (Sarawak & Sabah), Brunei, Indonesia dan Singapura sebelum kembali ke tanah air.

image.pngimage.png

Misi selama 22 hari ini bukan sahaja tamat tanpa sebarang insiden, tetapi turut membawa pulang semua pemandu dengan selamat, membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan kenderaan elektrik kebanggaan negara di pelbagai kondisi jalan dan cuaca negara serantau.

Untuk makluman, Proton e.MAS 7 melepasi sasaran awal yang ditetapkan pada 9,000 kilometer dan berjaya menambah lebih 1,400 kilometer lagi dalam perjalanan kali ini.

image.png

Sepanjang cabaran merentas pelbagai negara ini, ia membuktikan ketahanan yang hebat, prestasi yang boleh dipercayai, dan keselamatan bateri yang terjamin. Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai model EV pilihan utama Malaysia serta menjadi contoh terbaik bagi mobiliti elektrik di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.Zhang Qiang berkata, pemanduan lebih 10,000 kilometer merentasi sembilan buah negara tanpa sebarang masalah baterimerupakan  satu pencapaian yang sangat membanggakan. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam projek Proton e.MAS 7. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama kita semua," katanya dalam satu kenyataan.

Ia adalah sebahagian daripada perjalanan ASEAN Unity Drive 2025, yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Sepanjang perjalanan merentasi sembilan buah negara, pencarian stesen pengecas disifatkan  bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi di kawasan luar bandar seperti di Laos.

Untuk itu, para peserta  terpaksa bergantung kepada aplikasi tempatan dan mencari lokasi pengecas terdekat.

Apapun, perjalanan dari Pakse, selatan Laos  hingga ke Putrajaya membuktikan Proton e.MAS 7 bukan sekadar sebuah kenderaan EV nasional, namun ia mampu menerajui mobiliti lestari masa depan.

Gallery

Tag:

Proton e.MAS EV SUV
Proton e.MAS 7
Laos
ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun

Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.

22-06-2025
EV

PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!

Media berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7 sempena Hari Ibu, baru-baru ini.

19-05-2025
Berita Auto

PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7

Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.

28-04-2025
EV

Proton e.MAS 7 Paling Laris, Lebih 1,800 Unit Terjual Pada Suku Pertama 2025

Ada tiga sebab mengapa Proton e.MAS 7 laris di Malaysia.

08-04-2025
EV

Proton e.MAS 7 Masuk Nepal, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM183K

Buat masa ini, hanya 50 unit e.MAS 7 telah dihantar ke Nepal pada bulan Februari lalu.

24-03-2025
Berita Auto

ASEAN Unity Drive: Proton e.MAS 7 Jadi Kenderaan Rasmi

Proton e.MAS 7 memulakan perjalanan sejauh 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN.

21-03-2025

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026