Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Operasi Rel Rapid KL Dilanjutkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menyebabkan orang ramai mungkin memilih untuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja sepanjang minggu ini.

Namun anda jangan risau untuk menggunakan pengangkutan awam kerana Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel serta meningkatkan kekerapan tren di sekitar Lembah Klang dari 23 hingga 27 Mei ini.

Langkah ini diambil bagi menyokong kelancaran pergerakan penumpang serta memudahkan perjalanan delegasi rasmi sepanjang tempoh persidangan.

image.png

Menurut kenyataan Prasarana Malaysia Berhad hari ini, tempoh waktu puncak bagi perkhidmatan rel pada hari bekerja akan dilanjutkan selama satu jam berbanding waktu biasa.

“Waktu puncak baharu bermula 6.30 pagi hingga 10.00 pagi, dan 4.30 petang hingga 8.00 malam, berbanding waktu asal iaitu 7.00 pagi hingga 9.30 pagi serta 5.00 petang hingga 7.30 malam.

"Kekerapan tren pada hujung minggu juga akan ditingkatkan pada 25 dan 26 Mei bagi menampung peningkatan jumlah penumpang," katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah tambahan, 400 kakitangan sokongan akan ditempatkan di beberapa stesen utama bagi membantu pergerakan penumpang dengan lebih lancar.

Dalam pada itu, beberapa laluan bas dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand dijangka mengalami kelewatan akibat penutupan jalan secara berperingkat oleh pihak berkuasa.

Antara laluan yang terlibat termasuk:

• Laluan 402 (LRT Titiwangsa – LRT Maluri)

• Laluan 302 (LRT Titiwangsa – KLCC)

• Laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang)

• Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang)

• Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa – Chow Kit)

Apapun, orang ramai  digalakkan menggunakan sepenuhnya kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke lokasi tumpuan serta menyumbang kepada kelancaran trafik sepanjang tempoh persidangan dan acara berskala besar yang sedang berlangsung di ibu negara.

Gallery

Tag:

Rapid KL
Sidang kemuncak ASEAN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Operasi Rel, Bas, Van Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu 2026

Dah bersedia untuk ‘healing’ sambil melihat pertunjukan bunga api di ambang tahun baharu 2026 Rabu ini? Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kesesakan jalan raya atau harga e-hailing yang melambung tinggi.

29-12-2025
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Selain zon pusat bandar, tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama.

30-06-2025
Berita Auto

Lif Monorel Dibuka Secara Berperingkat

Pihak Rapid Rail sudah memasang lapan lif di lima stesen monorel di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

19-05-2025
Berita Auto

Tahun Baharu 2025: Rapid KL Lanjutkan Masa Operasi Rel & Bas

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan lanjutan operasi perkhidmatan rel Rapid KL sehingga jam 3 pagi,

30-12-2024
Berita Auto

Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya Bakal Disediakan – Ini Tarikh Bermula...

Rapid KL telah mengumumkan pelancaran bas perantara MRT antara Sg Buloh dan MRT Laluan Putrajaya.

06-12-2023
Berita Auto

Orang Awam Panik Lihat Pemuda Lompat Atas Landasan

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

02-12-2023
Berita Auto

Bas Perantara LRT Ke Pavilion Bukit Jalil Kini Berhenti Di Technology Park Malaysia

Bas perantara percuma dari Stesen LRT Awan Besar ke Pavilion Bukit Jalil kini akan turut berhenti di Technology Park Malaysia (TPM).

28-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026