Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design-(70).jpg

Selepas beberapa minggu, harga minyak tidak naik, akhirnya harga runcit RON97 naik 7 sen daripada RM3.07 kepada RM3.14 manakala harga  diesel juga naik sebanyak tujuh sen daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter bermula esok hingga 25 Jun ini. 

Mujur,  harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Kata Kementerian Kewangan (MOF)., harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Bagaimanapun,  harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter .

MOF memaklumkan penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.

18-06-2025
Berita Auto

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025
Berita Auto

Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok

Harga runcit RON97, diesel naik tujuh sen bermula esok.

18-06-2025
Berita Auto

Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

18-06-2025
Berita Auto

Gagal Pemeriksaan Tayar: 600 Kenderaan Perdagangan Guna Tayar Tidak Ikut Spesifikasi

Kebanyakan kenderaan perdagangan didapati menggunakan tayar tidak selamat.

18-06-2025
Berita Auto

Selepas Subsidi Bersasar RON95, Cukai Karbon Pula?

Nampaknya, selepas subsidi RON95, cukai karbon pula menanti kita!

18-06-2025
Berita Auto

Lokasi Kemalangan Pelajar UPSI, Sudah Ada Garisan Kembar

Tular mengenai lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sudah mempunyai garisan berkembar.

17-06-2025
Berita Auto

Banyaknya Kereta Terbiar Di KL, Kenapa Pemilik Tak Nak Jual?

Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun.

17-06-2025