Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anda Kini Boleh Isi Minyak, Bayar Terus Guna TNG eWallet, Kini Tersedia Di Lebih 1,000 Stesen Minyak Petronas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(1).JPG

Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) telah memeterai kerjasama strategik bersama TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) bagi membolehkan pengisian dan pembayaran bahan api dilakukan terus di pam menggunakan TNG eWallet, yang kini tersedia di lebih daripada 1,000 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara.

Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU), dan akan memudahkan pengguna mengisi minyak tanpa perlu meninggalkan kenderaan atau memuat turun aplikasi tambahan.  Ciri baharu ini boleh diakses melalui program mini ‘PETRONAS via Setel’ yang tersedia dalam aplikasi TNG eWallet. 

Ketua Pegawai Eksekutif Setel,  Abdullah Ayman Awaluddin berkata, menerusi Setel dalam TNG eWallet, pihaknya kini dapat memenuhi keperluan pengguna di mana jua mereka berada.  

"Usaha ini selari dengan visi kami untuk menawarkan pengalaman mobiliti dan runcit yang lancar melalui inovasi digital," katanya.

Photo-6.pngPhoto-7.png

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital,  Alan Ni, turut menyifatkan hasil kerjasama itu adalah sejajar dengan usaha mereka untuk mengintegrasikan perkhidmatan harian yang relevan dan praktikal dalam kehidupan seharian pengguna.

"Pengisian minyak adalah rutin bagi kebanyakan rakyat Malaysia, dan inisiatif ini menjadikannya lebih pantas dan mudah diakses.  Ia juga membuka titik sentuh baharu di rangkaian stesen PETRONAS di seluruh negara," ujarnya.

Untuk makluman, terdapat ganjaran istimewa bernilai RM5 dalam bentuk mata ganjaran Mesra Rewards akan diberikan bagi 50,000 transaksi pertama yang layak melalui program mini TNG eWallet. 

Promosi ini terbuka kepada pengguna baharu Setel dan Mesra Rewards, serta pengguna sedia ada yang menghubungkan ID Mesra mereka ke akaun Setel buat kali pertama. 

Selain itu, pengguna juga akan menerima mata ganjaran GOrewards TNG eWallet untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui program mini tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat.


Tag:

Setel Ventures Sdn Bhd
Touch 'n Go (TNG)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

25-05-2023
Teknologi

14-03-2025
Berita Auto

23-09-2024
Berita Auto

19-04-2023
Teknologi

14-04-2023
Berita Auto

28-03-2023
Berita Auto

22-03-2023
Berita Auto

13-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

27-09-2025
Berita Auto

Sistem BUDI95 Boleh Proses 30,000 Transaksi Seminit

Sistem BUDI95 mampu proses 30,000 transaksi dalam seminit.

27-09-2025
Berita Auto

9 Juta Tunggang Motor Tanpa Lesen, Lesen Tamat Tempoh

Sembilan juta penunggang motosikal teruatama golong muda di negara ini tidak memiliki atau memperbaharui lesen memandu sah selepas tamat tempoh.

26-09-2025
Berita Auto

Arus Edaran Punca Gangguan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara wujudnya arus edaran di sepanjang laluan kabel, ia menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) pada 28 Ogos lalu.

26-09-2025
Berita Auto

Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L

Orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi, ini caranya...

26-09-2025
Berita Auto

MOT Mahu Lapangan Terbang Tawau Dinaik Taraf Dalam 36 Bulan

Kementerian Pengangkutan mahu projek menaik taraf Lapangan Terbang Tawau yang bernilai RM120.9 juta disiapkan dalam tempoh 36 bulan seperti ditetapkan.

26-09-2025
Berita Auto

RON95 RM1.99, Ramai Mula Renew Lesen, Tahniah!

Ramai sudah mula mengerumuni kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memperbaharui lesen masing-masing.

26-09-2025
Berita Auto

10 Jalan Di Klang Ditutup Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja

Beberapa laluan utama di sekitar Klang akan ditutup bermula esok sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di Istana Alam Shah, Klang.

26-09-2025