Link Copiedcheck_circle
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang edisi 2025 perlumbaan ketahanan tahunan 24 Jam Le Mans yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, pengeluar automotif Perancis, Peugeot, melancarkan secara rasminya model terbaharunya, Peugeot E-208 GTi di Litar 24 Jam Le Mans.

Nampaknya,  jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

Apapun, Peugeot E-208 GTi baharu ini adalah versi yang  lebih berkuasa berbanding dengan hatchback elektrik E-208 biasa.

Jadi, ia dikatakan antara pesaing terdekat kepada  Alpine A290.

image.pngimage.png

Ia yang diilhamkan oleh model lagenda Peugeot 205 GTi, Peugeot E-208 GTi ini dibangunkan oleh Peugeot Sport. Antara perubahan dramatik termasuklah pemindahan motor elektrik daripada Alfa Romeo Junior.

Maka tidak hairanlah mengapa Peugeot E-208 GTi ini mampu menghamburkan kuasa setakat 280 hp dan 345 Nm.Selain itu, ia mampu memecu dari 0-100 km/j  hanya dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum (V-max) yang dianggarkan 180 km/j.

Motornya  dikuasakan oleh pek bateri jenis NMC 54 kWh yang dibekalkan oleh CATL, iaitu sama seperti varian E-208 yang biasa. Peugeot mendakwa perisian sistem telah ditala semula hasil pembangunan teknologi hibrid yang digunakan pada jentera lumba 9X8 Le Mans mereka.

image.png

Mengenai pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, dimana ia boleh dicas cas 20-80% hanya dalam   masa 30 minit, manakala dengan bateri yang penuh ia mampu melakukan perjalanan antara 350 KM hingga 433 KM (mengikut piawaian WLTP).

Peugeot turut menaik taraf casis E-208 GTi ini dengan pemasangan ‘hydraulic bum-stops’ serta palang penstabil belakang, selain talaan semula stereng untuk tindak balas yang lebih mantap.

Dikhabarkan, Peugeot E-208 GTi ini direndahkan kepada 30 mm, dilebarkan 56 mm di depan dan 27mm di belakang. 

Dari segi roda, E-208 GTi menggunakan rim 18-inci yang  diinspirasikan daripada 205 GTi. Ia dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 kerana ia menawarkan cengkaman tinggi.

Antara yang membuatkan ia menyerlah adalah disebabkan akera brek depan 355mm dengan kaliper 4 piston. 

image.png

Melihat penampilannya, , E-208 GTi dibezakan melalui bahagian hadapannya, spoiler belakang baharu serta diffuser belakang. Menariknya, diffuser tersebut turut dilengkapi dengan lampu kabus seolah-olah seperti kereta lumba.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya,  205 GTi hadir dengan garisan merah dan hitam manakala kerusinya pula jenis ‘bucket’. Bagaimanapun,, kabin ini masih mengekalkan elemen E-208 biasa, cuma dengan tambahan kemasan Alcantara, termasuk di bahagian stereng.

image.png

Selain pesaing Alpine yang disebutkan, ia  dijangka mampu  menyaingi model seperti MINI JCW Electric dan mungkin  MG4 Xpower.


Gallery

Tag:

Peugeot e-208 gtI
24 Hours of Le Mans
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

14-06-2025
Global

16-06-2025
Global

15-06-2025
Global

14-06-2025
Global

03-06-2025
Global

05-02-2025
Global

05-10-2023
Global

12-06-2023

Berita Terkini

EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025