Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

YADEA, jenama motosikal elektrik (EV) terkemuka di peringkat global, secara rasminya melancarkan model terbaharunya di Malaysia , YADEA GT20.

YADEA GT20 cuma dijual serendah RM4,998.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) menerusi pengedar sah Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di seluruh Malaysia.

Bagi yang berminat, YADEA GT20 ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metal Grey, Dark/Orange dan Green/Gold.

Left-45-black-left.pngRight-45-righ-black.png

YADEAGT20 dikuasakan dengan motor jenis wheel hub bersama kuasa nominal 2,000W dan kuasa puncak sehingga 3,200W yang memberikan tork maksimum 160Nm, sangat berprestasi untuk menempuh perjalanan bandar harian.

Motosikal ini juga mampu mengharungi cerun dengan kecondongan sehingga 15 darjah, menjadikannya sesuai untuk kawasan berbukit dan laluan mencabar.

Waterproof.png

Bahagian roda pula menggunakan rim aloi aluminium MT2.15-12, dipadankan dengan tayar bersaiz 90/80-12 di hadapan dan belakang. Sistem brek cakera pada kedua-duanya digabungkan dengan teknologi CBS, yang meningkatkan keselamatan khususnya semasa brek mengejut.

FT.png

YADEA GT20 menggunakan bateri graphene berkapasiti 72V38Ah, mampu menjana jarak perjalanan anggaran sejauh 105 kilometer dengan satu cas penuh. 

Proses pengecasan mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam menggunakan pengecas 72V6A, manakala kitaran hayat bateri mampu mencecah sehingga 500 kali cas.

Motosikal ini turut disokong oleh sistem penjanaan semula tenaga (energy recycling), membantu mengekalkan tahap kuasa ketika membrek atau menuruni cerun.

Pedal.png

Dari segi dimensi, YADEA GT20 berukuran 1,857mm panjang, 690mm lebar dan 1,120mm tinggi, dengan ketinggian tempat duduk 768mm dan panjang tempat duduk 700mm yang sangat sesuai untuk kebanyakan penunggang.

Ia turut menawarkan kelegaan tanah antara 140mm hingga 150mm, serta panjang pedal 350mm bagi posisi kaki yang selesa ketika menunggang. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas dengan kapasiti 28 liter juga menjadi nilai tambah untuk kegunaan harian.

Ciri pencahayaan dipertingkatkan dengan lampu LED hadapan dan belakang, menawarkan pancaran terang sekitar 4,000CD untuk ‘low beam’ dan 22,000CD untuk ‘high beam’, memastikan keterlihatan optimum terutama ketika menunggang waktu malam atau dalam keadaan gelap.

Rear-motor.png

YADEA GT20 turut menampilkan paparan digital tub yang moden dengan paparan speedometer yang mesra pengguna. Ia menyokong dua mod tunggangan, serta fungsi paparan sistem tenaga dan amaran kerosakan pintar (smart monitor faultless) bagi memudahkan pemantauan prestasi motosikal secara masa nyata.

Ciri keselamatan seperti fungsi potong kuasa apabila tongkat sisi diturunkan (side stand cut-off) turut melengkapkan model ini sebagai motosikal EV yang mesra pengguna dan selamat.

Untuk keselesaan dan keselamatan penunggang, YADEA GT20 dilengkapi ciri ‘Secure Ride’ yang merangkumi tempat duduk ergonomik, penyandar belakang pembonceng (pillion backrest) serta pemegang belakang (grab bar) yang memudahkan pembonceng mengekalkan keseimbangan.

Bagi menambah nilai praktikaliti, ciri ‘Seamless Utility’ turut ditawarkan seperti ruang simpanan hadapan, port pengecasan USB Type-A untuk peranti mudah alih, serta cangkuk tersembunyi (hidden hook) bagi menggantung barang dengan lebih selamat dan kemas ketika dalam perjalanan.

fh.png

Dengan gabungan rekaan bergaya, teknologi pintar dan kecekapan elektrik yang tinggi, YADEA GT20 adalah pilihan ideal bagi penunggang moden yang mencari alternatif tunggangan urban yang praktikal dan mesra alam.

YADEA Malaysia akan terus memberikan fokus dalam pasaran Malaysia khususnya kategori motosikal EV dengan mempelbagaikan lagi model-model terbaru yang mampu meningkatkan kelestarian dan kemajuan industri kenderaan elektrik tempatan.

Dengan setiap pembelian YADEA GT20, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.



Gallery

Tag:

YADEA
yadea GT20
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025