Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kutipan Tol Seksyen 2 WCE Mula Hari Ini; Nafi Isu Pengusiran Penduduk Kampung Jawa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Section-2-Tolling-(2).jpgPlaza-Tol-SAE.JPG


Mulai hari ini, Jumaat, 13 Jun 2025, kutipan tol bagi Jajaran Seksyen 2 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan persimpangan bertingkat SAE (KESAS) ke persimpangan bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan persimpangan bertingkat Banting, mula dilaksanakan.


Sistem Kutipan Tol Elektronik 


Section-2-Tolling-(1).jpgSection-2-Tolling.jpg


Jajaran Seksyen 2 berkepanjangan 7.2 kilometer yang sebelum ini bebas tol sejak pembukaannya rasminya pada 22 Januari lalu oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kini memulakan kutipan tol secara elektronik yang merangkumi penggunaan kad Touch 'n Go, SmartTAG dan RFID.


Menurut pihak WCE, kadar tol dan sistem pembayaran bagi Seksyen 2 telah disepadukan sepenuhnya dengan SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas. Caj tol dikira berdasarkan perjalanan penuh pengguna, termasuk perjalanan di sepanjang laluan SKVE.


Isu Pengambilan Tanah di Kampung Jawa, Klang


Persimpangan-Bertingkat-SAE.JPG


Dalam kenyataan berasingan, WCE turut menjelaskan isu pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang yang membabitkan projek WCE. Pihak syarikat menegaskan bahawa tanah tersebut telah diambil secara sah oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk tujuan projek WCE.


Sebanyak RM9.8 juta pampasan telah diberikan, dengan 75% daripada jumlah tersebut telah dibayar kepada pemilik tanah sehingga 30 September 2023. Walaupun begitu, terdapat segelintir pemilik tanah yang masih berada di tapak dalam 20 bulan lalu, menyebabkan kelewatan dalam kemajuan projek.


WCE menegaskan semua prosedur telah dijalankan mengikut proses undang-undang yang betul dan menekankan bahawa bantahan yang difailkan di mahkamah tidak menjejaskan hak kerajaan untuk mengambil alih tanah setelah pampasan dibayar dan dokumen rasmi dikeluarkan.


WCE juga menafikan dakwaan pengusiran secara paksa atau operasi malam tanpa kebenaran dan memberi jaminan bahawa semua kerja dijalankan oleh kontraktor berdaftar dalam waktu yang dibenarkan sahaja.


Kepentingan Lebuhraya WCE


Lebuhraya WCE yang merentasi sejauh 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping (Changkat Jering), Perak, merupakan komponen penting dalam rangkaian lebuh raya baharu Malaysia. WCE dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta merancakkan pembangunan di kawasan luar bandar sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.

Tag:

Kutipan Tol
Tol Seksyen 2 WCE
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)
Tol WCE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026