Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Laporan Nahas Pelajar UPSI: Tiada Masalah Mekanikal, Keadaan Brek Memuaskan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mendapati kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) rupanya tidak mempunyai sistem mekanikal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dapatan awal Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)) menunjukkan bahawa keadaan fizikal brek bas, kesemua pelapik brek dan dram brek bagi semua gandar masih berada di dalam keadaan yang memuaskan.

"Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada dram brek mahupun kenipisan pada pelapik brek selain tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image.pngimage.png

Mengulas lanjut dari segi pemeriksaan fizikal tayar, Loke berkata didapati ketebalan bunga tayar dalam keadaan memuaskan dan mematuhi piawaian ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Komponen bahagian 'steering' dan suspensi secara menyeluruh adalah dalam keadaan memuaskan.

"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan teknikal, tiada bukti merujuk kepada kegagalan sistem mekanikal yang menyebabkan kemalangan."Oleh itu, kemungkinan besar kemalangan berlaku berpunca daripada faktor lain seperti faktor manusia, keadaan jalan dan sebagainya," katanya.

Dalam nahas itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Gallery

Tag:

nahas bas UPSI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nahas Bas Di Gerik: UPSI Serah Sumbangan Berjumlah RM420,000 Kepada Waris Mangsa

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyampaikan sumbangan berjumlah RM420,000 kepada waris 42 pelajar yang terbabit dalam nahas bas di Gerik pada 9 Jun lalu.

16-09-2025
Berita Auto

"MOT Akan Ambil Tindakan Tegas Sejurus Siasatan Selesai, - Menteri

MOT menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sejurus siasatan selesai berhubung nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI, semalam.

10-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026