- Berita
- Berita Auto
- MOT Dedah Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan Dan Bas Ekspres Paling Banyak Saman
MOT Dedah Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan Dan Bas Ekspres Paling Banyak Saman
Kementerian Pengangkutan (MoT) mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan.
Antara syarikat yang mendahului senarai itu adalah KDEB Waste Management Sdn Bhd kerana memiliki sebanyak 22,017 saman tertunggak, menjadikan ia antara 11 syarikat pengendali kenderaan melakukan banyak pelbagai kesalahan lalu lintas.
Mainza Mantap Sdn Bhd (5,108); Advancecon Machinery Sdn Bhd (3,620); VK Transport Sdn Bhd (3,016); Ng Swee Aik Trading Sdn Bhd (2,352) dan Boon Chin Transport Sdn Bhd (2,339).
Nation Dimensions Sdn Bhd (2,226); Syarikat Ehsan Enterprise Sdn Bhd (2,168); Nek Gurun Logistic Sdn Bhd (1,062); Macro Dimension Concrete Sdn Bhd (1,014) dan SL Transport & Trading Sdn Bhd.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata ia melibatkan pelbagai kesalahan serius berkaitan keselamatan jalan raya.
“Ia melibatkan kesalahan teknikal melibatkan brek dan tayar yang tidak mengikuti spesifikasi atau ubah suai kenderaan, tiada lesen memandu; lebih muatan; tiada lesen kenderaan dan memandu had laju," katanya.
Sementara itu, 17 syarikat pengendali bas ekspres dikenalpasti mempunyai 200 saman tertunggak melibatkan kesalahan memandu lebih had laju, kesalahan lalu lintas, teknikal, tiada lesen memandu dan tiada lesen kenderaan.
Syarikat-syarikat berkenaan ialah Cepat Ekspress Sdn Bhd (540); New Hoover Express & Travels Sdn Bhd (512); Kuala Kumpur -Alor Star Express Sdn Bhd (477); Express Senibudaya (M) Sdn Bhd (390) dan Suasana Edaran Sdn Bhd (370).
Kurnia Bistari Sdn Bhd (351); Bandar Express Services Sdn Bhd (300); Gunung Raya Ekspress Sdn Bhd (288): Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) (272) dan GJG Travel & Tours Sdn Bhd (265) dan Sri Theven Travel Sdn Bhd (232).
Dyana Express Sdn Bhd (230); Goldstar Express (M) Sdn Bhd (218); Plusliner Sdn Bhd (208); Kuala Yakin Sdn Bhd (206) dan Cosmic Angle Travel and Tours Sdn Bhd (203).
Senarai itu didedahkan kerana pihak kementerian mahu semua syarikat itu melunaskan saman tertunggak dalam tempoh 14 hari bermula hari ini pada kadar semasa.
Difahamkan, tindakan itu diambil demi memastikan kemalangan tragis melibatkan bas Universiti Pendidikan Sultan Idris yang turut mengorbankan 15 mahasiswa, baru-baru ini tidak berulang lagi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/