Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perhatian buat pengguna Lebuhraya Besraya. Ini kerana Besraya (M) Sdn Bhd sudah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) sejak 3 Jun lalu.

Bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan itu dijangka bakal berakhir 30 November ini.

Menurut besraya, penutupan lorong akan dilakukan secara berperingkat melibatkan kedua-dua arah lebuh raya antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3.

Kerja penyelenggaraan yang membabitkan kerja turapan dan penandaan jalan itu dijadualkan berlangsung pada waktu malam sahaja, iaitu mulai jam 10 malam hingga 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.

"BESRAYA juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, kerja penyelenggaraan tersebut dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna.



Gallery

Tag:

Sungai Besi Expressway (BESRAYA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026