Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis PJ Guna Dron Kesan Penunggang Tak Guna Lorong Motosikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Polis Daerah Petaling Jaya menggunakan   dron bagi mengesan mana-mana pengguna Lebuhraya Persekutuan, terutama penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya.

Tumpuan utama dalam operasi khas di Kilometer (km) 28.4 di bawah Jambatan Sunway, di sini, menghala ke pusat bandar raya Kuala Lumpur itu terhadap penunggang motosikal yang dikesan menggunakan laluan utama meskipun laluan motosikal sudah disediakan.

image.png

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata operasi  itu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal terutama kemalangan maut yang mencatatkan peningkatan setiap hari.

"Punca utama penunggang motosikal tidak menggunakan laluan motosikal adalah disebabkan sikap mereka yang kebanyakan gunakan jalan utama sebagai jalan pintas dan punca kedua kita dapati mereka (penunggang motosikal) mengelak melalui laluan itu disebabkan keadaan jalan tidak sempurna seperti berlubang dan pada sebelah malam jalan berkenaan gelap, sekali gus berisiko," katanya.

image.pngimage.png

Menurunya, penunggang motosikal mungkin berhadapan risiko tidak dilindungi tuntutan insurans kemalangan jalan raya apabila mereka tidak menggunakan laluan motosikal sekiranya berlaku kemalangan.

"Sebab itu di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan sudah disediakan hukuman yang khusus dan jika mereka menggunakan jalan utama mereka tidak dapat menuntut insurans tertentu kerana tidak menggunakan laluan disediakan," katanya.

Ada antara penunggang motosikal yang dikesan melakukan kesalahan tidak menyedari,  mereka disaman namun berdasarkan pemantauan dron, polis dapat mengenalpasti identiti pemilik dan nombor pendaftaran motosikal berkenaan dan saman akan dihantar kepada mereka melalui pos.

Gallery

Tag:

dron
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Larangan Penggunaan Dron bermula 26 Ogos - 31 Ogos 2024

Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024,

20-08-2024
Berita Auto

Lain Macam Taktik Pengedar Dadah, Guna Dron Hantar Dadah

Pengedar menggunakan dron untuk menghantar dadah ke dalam penjara Tapah, Perak namun cubaan itu berjaya dipatahkan.

10-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026