Link Copiedcheck_circle
EV

Selain UK: Nio Firefly Juga Bakal Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sub-jenama EV mampu milik baharu Nio, Firefly, dijangka akan memasuki pasaran Eropah pada akhir tahun ini dimana United Kingdom akan menjadi salah sebuah negara yang akan turut menerima Nio Firefly seawal Oktober tahun ini.

Untuk makluman, Nio Firefly telah pun diperkenalkan  di China pada April lalu, dan EV ini merupakan salah satu model yang mampu bersaing dengan Renault 5 EV dan Volkswagen ID.2 yang bakal dilancarkan dalam segmen hatch elektrik supermini yang semakin popular di Eropah.

image.pngimage.png

Nio Firefly EV ini didatangkan dengan  motor elektrik tunggal pacuan belakang (RWD) yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  141 hp (105 kW), sekali gus membolehkan supermini ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.2 saat.

Sementara tu, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 150 km/j manakala tenaganya  dibekalkan oleh pek bateri kecil 42.1-kWh, dan membolehkan ia memberikan jarak sehingga 420 km mengikut standard CLTC.

Dari segi dimensi, Firefly EV hatch ini berukuran 4,003 mm panjang, 1,781 mm lebar, 1,557 mm tinggi, dan jarak roda 2,615 mm, yang meletakkannya dalam kategori yang sama dengan supermini Eropah lain seperti Renault 5, Peugeot e-208, dan banyak lagi.

image.png

Setakat ini, Nio masih belum mengesahkan perancangan terperinci mengenai kemasukan Firefly EV ke pasaran UK, namun kita boleh menjangkakan maklumat lanjut mengenai harga dan spesifikasi model ini akan didedahkan sebaik pelancarannya nanti.

Kemasukan Nio ke pasaran UK dan Eropah merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan globalnya di mana syarikat yang berpusat di Shanghai ini berhasrat untuk menembusi 16 pasaran global baharu pada tahun ini.

Malah, pasaran serantau Asia Tenggara turut termasuk dalam rancangan pengembangan global Nio.

Selain UK, Nio Firefly juga dikatakan akan memasuki pasaran Singapura pada bila-bila masa tahun ini, yang bermaksud terdapat kemungkinan Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya?

Sekiranya Nio Firefly memasuki pasaran tempatan kita, EV hatch ini bakal bersaing dengan model-model hatch EV popular dari China yang lain seperti Dongfeng Box, Wuling Bingo, dan Proton e.MAS 5 yang bakal dilancarkan, yang berasaskan Geely Geome Xingyuan.

Namun mampukah Nio Firefly menyaingi Proton e.MAS 5? Kongsikan pendapat anda.

Gallery

Tag:

Nio
Nio Firefly EV UK
Nio Firefly EV RHD
Nio Firefly
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Nio Dedah Firefly, EV Kompak Belum Pernah Nampak Di M'sia Lagi!

Nio mendedahkan kenderan elektrik pertamanya, Nio Firefly, baru-baru ini.

23-12-2024
EV

Nio Keluarkan Bateri Boleh Capai Jarak EV 1,055 KM Secara Besar-Besaran!

Nio mendedahkan bateri keadaan-separa-pepejal pertama dunia yang dihasilkan secara besar-besaran.

08-04-2024
EV

Pesaing Model Tesla S Dah Sampai

Nio ET9 dikatakan mampu menewaskan model EV popular yang lain.

27-12-2023
Berita Auto

NIO ET5, EV Dengan Jarak Perjalanan 1000KM Bakal Diserahkan Kepada Pembeli Tak Lama Lagi

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, NIO, baru-baru ini telah mendedahkan foto-foto yang menunjukkan prototaip pengesahan ET5.

03-02-2022
Berita Auto

Nio Bakal Saing Dengan Tesla?

Jentera baharu itu bakal dijual pada harga RM198,736.

17-01-2022
Berita Auto

Kumpulan Pertama NIO ES8 telah dihantar ke Norway

NIO, syarikat automobil yang berpangkalan di Shanghai telah memulakan penghantaran kumpulan pertama NIO ES8 dari Pelabuhan Waigaoqiao, Shanghai ke Norway pada 20 Julai lalu.

27-08-2021
Berita Auto

Kilang Cip Malaysia Gantung Operasi – Tesla, Ford, Nissan Antara Yang Terkesan

Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor yang ketujuh terbesar di dunia.

25-08-2021
Berita Auto

NIO Dapat Kelulusan, ES8 Sedia Tembusi Buat Pertama Kali Pasaran Luar Negara!

NIO mengesahkan bahawa kereta SUV elektrik pintarnya menerima proses Kelulusan Jenis Kenderaan Seluruh Eropah (EWVTA) baru-baru ini.

05-08-2021

Berita Terkini

EV

Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang pertama di ASEAN, baru-baru ini.

17-11-2025
EV

EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perodua berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik pertama mereka di kilang Tan Chong Motor.

16-11-2025
EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025