Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sistem KEJARA: Gagal, Tidak Efektif, Bakal Dirombak Besar-Besaran

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

 Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) gagal, bakal dirombak secara besar-besaran!

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Menurutnya, sistem itu yang dilaksanakan  sejak 2017 perlu dirombak secara besar-besaran kerana sudah tidak efektif.

Sistem itu dilihat  tidak efektif kerana mata demerit hanya akan dipotong ke atas pemegang lesen memandu selepas bayaran kompaun dibuat.

Kegagalan utama meliputi kaedah yang digunakan bagi sistem pemberian mata demerit kesalahan ke atas pesalah trafik.

Ujarnya, kiraan demerit Kejara hanya berkuat kuasa selepas individu itu melunaskan saman atau didakwa di mahkamah dan bukannya ketika melakukan kesalahan berkenaan.

"Sebagai Menteri Pengangkutan, saya mengakui sistem Kejara ini gagal sebab kita punya pendekatan salah.

“Sebab dia bayar saman, baru potong markah, jadi lebih baik ramai tak bayar saman sekarang.Sebab itu, saya katakan sistem ini memang perlu dirombak dan (kementerian) sedang melihat (pendekatan baharu) yang akan dilaksanakan.

image.png

“Kita akan teruskan tetapi kita akan buat rombakan, tapi bukan lagi bila bayar saman baru potong markah (demerit point), itu kita kena lihat dari segi perundangan dan sebagainya, semua itu ada implikasi,” katanya lagi. 

Sistem Kejara adalah suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Berikut adalah sistem mata demerit kepada pemegang lesen memandu berlaku dengan beberapa peringkat hukuman:

      • Amaran – 20 mata terkumpul
      • Gantung kali pertama (6 bulan hingga 8 bulan) – 20 mata terkumpul
      • Gantung kali kedua (8 bulan hingga 10 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
      • Gantung kali ketiga (10 bulan hingga 12 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
      • Gantung kali keempat dan seterusnya (10 bulan hingga 12 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih


Pengiraan mata demerit ;

    • Tidak bermula ketika OKS menerima notis saman oleh JPJ atau PDRM;
    • Permulaan pengiraan mata demerit ialah apabila OKS membayar kompaun atau denda bagi kesalahan yang tersenarai di dalam Jadual Kesalahan Mata Demerit.


Sebaliknya, lesen memandu OKS akan DIBATAL sekiranya lesen memandu OKS digantung menerusi sistem demerit sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimanapun, setelah tamat tempoh penggantungan lesen memandu (12 bulan), OKS boleh memohon semula lesen memandu dan perlu bermula dari awal proses mendapatkan lesen memandu yang disyaratkan oleh JPJ.


Gallery

Tag:

Demerit Points System for Road Traffic Offences (KEJARA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026