Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR LH2 Racing Concept Didedahkan, Guna Sistem Hibrid Hidrogen

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-GR-LH2-RacingConcept-1.jpg


Perlumbaan 24 Jam Le Mans edisi ke-93 menyaksikan kemunculan beberapa model istimewa terbaru dan salah satunya adalah daripada Toyota yang hadir dengan GR LH2 Racing Concept.


Model konsep ini merupakan generasi seterusnya untuk hypercar hidrogen Toyota sebelum ini, GR H2, yang kini hadir dengan rekaan lebih agresif dan sistem kuasa hibrid hidrogen yang serba baharu.


Rekaan Lebih Aerodinamik


Toyota-GR-LH2-RacingConcept-3.jpg


Dari segi rupa, GR LH2 menampilkan persamaan jelas dengan GR H2 dan juga Toyota GR010 Le Mans Hypercar (LMH) versi hibrid yang digunakan dalam perlumbaan Le Mans. Walaupun beberapa elemen rekaan dikekalkan, model baharu ini mempunyai wajah hadapan yang lebih ‘tajam’ atau aerodinamik dengan lampu LED lebih kecil, komponen ambilan udara sisi baharu, serta spoiler belakang lebih besar lengkap dengan sirip tambahan.


Toyota-GR-LH2-RacingConcept-2.jpg


Walaupun reka bentuk bahagian bumbung dan cermin sekitar kabin hampir sama, GR LH2 memiliki saiz keseluruhan badan lebih besar berbanding GR010 LMH pada ukuran 5,100 mm panjang dan 2,050 mm lebar. Perbezaan ketara lain adalah corak livery perlumbaan baharu yang menggabungkan warna putih dan biru, jauh berbeza daripada warna tema gabungan merah-putih-hitam GR sebelum ini.


Teknologi Kuasa Hibrid Hidrogen yang Inovatif


Toyota-GR-LH2-RacingConcept-7.jpgToyota-GR010-Hybrid---Le-Mans-2023---Test---2.jpg


Toyota GR LH2 Racing Concept (kiri) & Toyota GR010 Hybrid Le Mans Hypercar (kanan)


Toyota masih belum mendedahkan maklumat penuh mengenai sistem trenkuasa LH2, namun ia dikatakan menggabungkan enjin berkuasa hidrogen dengan sistem hibrid, mungkin menggunakan teknologi daripada GR010 LMH. 


Sebagai perbandingan, GR010 menggunakan enjin petrol V6 turbo kembar 3.5 liter berkuasa 671 hp dipadankan dengan motor elektrik di hadapan, yang telah membantu Toyota meraih banyak kejayaan dalam perlumbaan ketahanan.


Lebih daripada sekadar model pameran di Circuit de la Sarthe, GR LH2 mencerminkan usaha berterusan Toyota dalam mencapai neutral karbon melalui pelbagai penyelesaian teknologi. Toyota menekankan bahawa selain kenderaan elektrik bateri, teknologi lain seperti hibrid, hidrogen dan bahan api neutral karbon juga penting untuk masa depan lestari. 


Pendekatan ini bertujuan mengurangkan risiko dengan tidak bergantung sepenuhnya pada satu teknologi sahaja.


Aspirasi Toyota di Le Mans


Toyota telah melakukan beberapa ujian perlumbaan dengan konsep perlumbaan neutral karbon, antaranya GR Corolla H2 yang menyertai siri perlumbaan touring Super Taikyu di Jepun dan beberapa perlumbaan ketahanan di Asia. Pelancaran GR LH2 juga bertepatan dengan ulang tahun ke-40 penyertaan pertama Toyota dalam perlumbaan ikonik Le Mans.


Toyota-GR-LH2-RacingConcept-4.jpg


Untuk edisi tahun ini, Toyota berhasrat menamatkan dominasi Ferrari dengan dua jentera GR010 LMH, mengekalkan barisan pemandu yang sama seperti tahun lalu bagi merebut kemenangan yang bakal mengukir sejarah.

Toyota-GR-LH2-RacingConcept-7.jpg

Tag:

Le Mans Hypercar
Le Mans 24 Hours
Toyota GR LH2 Racing Concept
Toyota GR H2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ferrari Bersedia Bersaing Dalam Perlumbaan Le Mans Dengan Hypercar 499P

Ferrari telah mendedahkan hypercar yang bakal digunakan dalam Kejohanan Ketahanan Dunia (WEC) FIA 2023.

01-11-2022

Berita Terkini

Global

Toyota GR LH2 Racing Concept Didedahkan, Guna Sistem Hibrid Hidrogen

Toyota memperkenalkan GR LH2 Racing Concept, yang merupakan generasi seterusnya untuk hypercar hidrogen Toyota sebelum ini, GR H2.

14-06-2025
Global

Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras

Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.

13-06-2025
Global

Nahas Air India: Seorang Penumpang Terselamat, Juruterbang Sempat Hantar Isyarat Mayday

Hanya seorang penumpang pesawat Air India yang terselamat daripada nahas itu.

13-06-2025
Global

Nahas Air India: Terhempas Atas Asrama Kolej Perubatan, Angka Korban Mungkin Ramai

Lebih 120 orang dipercayai maut apabila pesawat Air India yang membawa 242 penumpang dalam perjalanan ke London terhempas.

12-06-2025
Global

Imej Teaser Audi Q3 2026 Disiarkan, Bakal Dilancar 16 Jun Ini

Audi Q3 2026 bakal membuat penampilan globalnya pada 16 Jun ini memandangkan dua imej teaser telah disiarkan.

12-06-2025
Global

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.

09-06-2025
Global

Kit Aerodinamik Untuk Toyota GR Yaris Tapi Malangnya Tak Masuk Malaysia

HKS melancarkan kit badan aero terbaharu untuk hot-hatch Toyota GR Yaris, baru-baru ini.

06-06-2025
Global

Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?

Geely telah memperkenalkan sebuah sedan segmen-D elektrik baharu untuk pasaran domestiknya, baru-baru ini.

06-06-2025