Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai-Motor-Malaysia-Office-Visual.jpg

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah  dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) di Malaysia sekali gus  menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.

Untuk itu, HMY akan memperkenalkan tiga model baharu yang terdiri daripada segmen SUV dan MPV dimana  pengeluaran tempatan dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2025.

Hyundai juga  merancang untuk meneruskan operasi pemasangan tempatan di Kedah, Malaysia, bermula pada suku ketiga tahun 2025. 

image.png

Kemudahan ini dijangka akan mengeluarkan sehingga tujuh (7) model kenderaan dalam tempoh lima tahun, sekali gus mengintegrasikan Malaysia ke dalam rangkaian pengeluaran global Hyundai.

HMY juga menyatakan bahawa ia kini telah menubuhkan ibu pejabat di Menara Affin @TRX dengan jumlah tenaga kerja yang dijangka mencecah 100 orang menjelang akhir tahun ini

Selaras dengan aspirasi negara ke arah kelestarian, peluasan operasi pembuatan Hyundai akan memberi tumpuan pada peringkat awal kepada pemasangan tempatan bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV). 

Ini termasuk pelbagai model SUV dan MPV yang direka khusus untuk memenuhi permintaan tinggi rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna berspesifikasi tinggi. 

Dengan peningkatan kapasiti pengeluaran, kira-kira 30 peritus daripada kenderaan yang dipasang di Malaysia akan dieksport ke pasaran jiran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, ketika mengulas mengenai langkah pengembangan Hyundai ke pasaran Malaysia berkata, Malaysia merupakan pasaran yang sangat berpotensi, ia mencatat permintaan tertinggi untuk kenderaan penumpang di ASEAN sebanyak 35%. 

"Pertumbuhan KDNK yang stabil pada kadar 4.3% turut mencerminkan keyakinan pengguna yang tinggi serta peningkatan kuasa membeli.” Keadaan inilah yang akan memacu inovasi dan pelaburan jangka panjang. Melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan, Malaysia menjadi lokasi ideal untuk memperluaskan kehadiran

Hyundai dan menubuhkan hab utama dalam strategi pengembangan Hyundai di rantau Asia Pasifik," katanya.

Difahamkan, Sime Motors akan terus menjadi rakan kongsi penting dalam usaha Hyundai melebarkan sayapnya Malaysia, sebagai sebahagian daripada rangkaian pengedarnya.

Hyundai telah menjadi nama yang tidak asing lagi di jalan raya Malaysia sejak awal tahun 2000-an. Kedudukannya di pasaran tempatan semakin kukuh, terutamanya selepas menjalinkan kerjasama strategik dengan Sime Motors (ketika itu dikenali sebagai Sime Darby Motors) pada tahun 2004.

image.pngimage.png

Sepanjang tempoh tersebut, rakyat Malaysia telah menyambut baik pelbagai model keluaran Hyundai yang merangkumi pelbagai rangkaian kuasa (ICE, Hibrid, BEV & HFCV), daripada sedan, SUV dan MPV popular hinggalah kepada kenderaan gaya hidup seperti Elantra, Veloster, Palisade, Sonata, Tucson, Santa Fe, Starex, dan Staria, serta kenderaan elektrik dan cekap tenaga yang lebih baharu seperti IONIQ Hybrid, dan IONIQ 5 N. '

image.png

Secara keseluruhannya, kenderaan-kenderaan ini telah mencatatkan jumlah jualan melebihi 147,862 unit, membuktikan penerimaan di pasaran yang semakin meningkat dan pangkalan pelanggan yang setia kepada Hyundai.


Gallery

Tag:

Hyundai Motor Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC Musim 2025-2026

Hyundai Motor Malaysia (HMY) muncul sebagai ‘Rakan Mobiliti Rasmi’ bagi pasukan bola sepak Selangor FC untuk Liga Super Malaysia (MSL) 2025-2026.

10-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026