Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

15 Pelajar UPSI Terkorban: Laluan JRTB Sudah Dipasang Lampu Solar!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lokasi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli akhirnya sudah dipasang dengan lampu solar.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan pihak berkuasa tempatan melakukan kerja-kerja pemasangan lampu itu kelmarin. 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir. Zamri Mat Kasim berkata, sebanyak 385 lampu solar akan dipasang di laluan terbabit.

image.pngimage.png

"Keputusan pemberian tender bagi projek pemasangan lampu di laluan tersebut telah dimuktamadkan pada awal bulan ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan  pemasangan itu tiada kaitan dengan kemalangan bas membawa pelajar UPSI sebaliknya laluan JRTB telah diberi perhatian untuk kerja menaik taraf sejak Jun 2023.

Sementara itu, rata-rata pengguna jalan raya terbabit bersyukur kerana lokasi maut itu akhirnya  dipasang dengan lampu jalan.

“Alhamdulillah, cerah masa depan sebab selalu pergi Kelantan,” kata @Man Ferio.

Difahamkan, selain pemasangan lampu jalan, JKR akan menurap semula jalan dan garisan jalan termasuk menggantikan semula papan tanda yang rosak.

Media tempatan melaporkan seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, pada Jun lalu.


Gallery

Tag:

Jabatan Kerja Raya (JKR)
JRTB Jalan Gerik-jeli
Kemalangan pelajar UPSI
Gerik-Jeli crash
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

31-07-2025
Berita Auto

22-07-2025
Berita Auto

15-06-2025
Berita Auto

12-06-2025
Berita Auto

09-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026