Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Tahun Lagi, Kesesakan Di Cameron Highlands Bakal Selesai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya dalam dua tahun lagi, masalah  kesesakan jalan di Cameron Highlands, Pahang  dijangka selesai sepenuhnya.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah kerajaan negeri kini dalam proses menaik taraf jalan di pusat bandar Tanah Rata itu yang sering berdepan masalah kesesakan yang teruk, terutama pada hujung minggu dan musim cuti.

Baginda bertitah, antara kerja naik taraf yang akan dilaksanakan termasuk melebarkan jalan, membina jalan alternatif dan mewujudkan sistem jalan sehala.

"Kita akan membuat jalan lencongan dan sistem jalan sehala. Selain itu, kita akan buat jalan lingkaran di Kea Farm.

image.png

"Insya-Allah, dalam masa dua tahun, masalah kesesakan jalan untuk naik ke Cameron Hinglands yang berlaku sekarang khasnya pada hujung minggu atau musim cuti akan diselesaikan," titah baginda pada majlis menerima menghadap barisan kepemimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) diketuai Presidennya, Sariha Mohd Ali yang juga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) di Shahzan House di sini, Kuala Lumpur.

Cameron Highlands sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana kedudukannya di tanah tinggi dengan cuaca yang nyaman dan pemandangan menarik.

Pada musim cuti atau hujung minggu, tempoh perjalanan bagi jarak yang hanya 10 kilometer (km) boleh mencecah sehingga lima jam yang menyebabkan ramai merungut kerana berdepan kesesakan luar biasa


Gallery

Tag:

Cameron Highlands
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat 2 jam cetus aliran lumpur di Habu Heights, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

21-04-2026
Berita Auto

Laluan Cameron Highlands - Gua Musang Dibuka Tetapi Dikenakan Bayaran

Orang ramai menyambut baik laluan baharu yang dibuka walaupun dikenakan bayaran.

31-12-2025
Berita Auto

Jalan Cameron Highlands Ditutup Esok!

Laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, esok.

10-12-2025
Berita Auto

Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands Dibuka 25 Nov Ini, - JKR

Orang Perak boleh menarik nafas lega kerana jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands akan dibuka semula pada 25 November ini.

07-11-2024
Berita Auto

Tanah Runtuh, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands Ditutup

Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands sebagai jalan perhubungan sementara.

26-10-2024
Berita Auto

Tanah Runtuh Cameron Highlands: Sebuah Myvi Dihempap Tiang Elektrik

Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market Cameron Highlands, pagi tadi.

21-09-2024
Berita Auto

Kesesakan Teruk Di Cameron, MDCH Bakal Tambah Parkir

Kerajaan Pahang komited menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pelancongan Cameron Highlands terutama di kawasan Kea Farm, Brinchang.

06-09-2024
Berita Auto

Jangan Sebarkan Spekulasi Tidak Benar, - POLIS

Rupa-rupanya hanya laluan dari Tanah Rata ke Kea Farm yang mengalami kesesakan teruk.

04-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026