Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bangkai Helikopter PDRM Dinaikkan Untuk Kenal Pasti Punca Terhempas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

HELIKOPTER PDRM yang terhempas ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Khamis minggu lalu berjaya dinaikkan hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Selepas genap seminggu, bangkai helikopter AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru  telah dinaikkan, pagi tadi.

Memetik kenyataan akhbar Kosmo!, operasi mengapungkan dan menaikkan bangkai helikopter bernombor pendaftaran 9M-PHG itu dimulakan seawal jam 8 pagi dengan anggota dan pasukan pelbagai agensi berkumpul di Markas Operasi Bersepadu di lokasi nahas.

Kelihatan bangkai pesawat itu mula diapungkan menggunakan kren pada jam 11 pagi, sebelum mengambil masa kira-kira 15 minit untuk dinaikkan ke atas dek sebuah kapal.

Bangkai helikopter itu kemudian dipercayai dibawa ke jeti berhampiran untuk siasatan lanjut terutamanya bagi mengenal pasti punca kejadian.

image.png

Pada 10 Julai lalu, helikopter bernombor pendaftaran 9M-PHG dinaiki lima kru dilaporkan terhempas ketika melakukan simulasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear, Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura (MITSATOM) 2025

Insiden itu menyebabkan seorang kru, Konstabel RG Devendran dari Balai Polis Tanjung Kupang dilaporkan masih kritikal.

Manakala, Koperal Adeline Liu Yan Sin dari PGU yang dilaporkan kritikal sejurus kemalangan itu beransur pulih, manakala, juruterbang, Asisten Komisioner Faizul Muhammad; pembantu juruterbang, Superintendan Ahmad Bustamin Baharom serta Sarjan Siti Latipa Khairuddin turut cedera, namun dilaporkan stabil.

Semua mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.


Gallery

Tag:

Helikopter PDRM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026