Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua daripada lima anggota polis yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas ketika latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) pagi tadi, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tiga lagi mangsa dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Helikopter AS355 milik PDRM itu dilaporkan terhempas berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Gelang Patah, ketika sedang melakukan lintas hormat sebagai sebahagian daripada demonstrasi sempena latihan MITSATOM 2025, yang melibatkan empat negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

image.pngimage.png

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan PDRM telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang.

image.png

Mengulas dakwaan bahawa helikopter yang digunakan itu aset lama, Mohd Khalid berkata isu usia bukan faktor utama sekiranya penyelenggaraan dilakukan dengan baik.

"Lama tidak menjadi masalah, yang penting penyelenggaraan dilakukan dengan baik. Apa yang berlaku ini adalah sesuatu di luar kawalan kita,” katanya.

Mohd Khalid turut memberi jaminan bahawa pihak polis akan menjaga kebajikan semua anggota terlibat serta keluarga mereka.

CAAM memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. 


 


Gallery

Tag:

PDRM MALAYSIA
Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM)
Transport Ministry (MoT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025
Berita Auto

Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.

25-05-2025
Berita Auto

9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak

Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.

13-05-2025
Berita Auto

Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!

Pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah terbabit.

18-12-2024
Berita Auto

Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,

19-11-2024
Berita Auto

Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam

Sebuah kereta Proton Saga kemek teruk gara-gara dirempuh kereta pengiring VIP.

18-11-2024
Berita Auto

Lori Kontena Terbalik, 1 Maut, Ini Kemalangan Maut Kedua Babit Lori Kontena

Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah lori kontena terbalik

15-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026