Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Himpunan Turun Anwar: KL Sesak Esok, 16 Jalan Dilencongkan, Orang KL Diminta Rancang Perjalanan!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Sebanyak 16 laluan di sekitar  Kuala Lumpur akan dilencongkan gara-gara Himpunan Turun Anwar tengah hari esok (26 Julai 2025).

Sebaliknya, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, ia bergantung kepada situasi dari semasa ke semasa.

"Perhimpunan itu dijadual berlangsung di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah pusat beli belah, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka.

"Jadi, beberapa lencongan kenderaan akan diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Antara laluan yang dijangka terlibat dengan pelaksanaan lencongan adalah seperti Jalan Maharajalela susur ke Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu /U-turn Public Bank, Bulatan Sultan Mohamad.

Jalan Kinabalu susur ke Terowong Bukit Aman Jalan Kinabalu / susur ke Bulatan Dato' Onn, atas Bulatan Dato' Onn (kiri dan kanan) serta Bulatan Dato' Onn (Dari arah Jalan Parlimen).

image.png

Turut dilencongkan adalah Jalan Sultan Salahuddin /Bulatan Dato' Onn, Jalan Kuching /Susur ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Kinabalu (dari arah Bulatan Segambut ke arah Bulatan Dato' Onn).

"Jalan Kinabalu (dari arah Masjid Negara ke arah Bulatan Dato' Onn), Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Jalan Hishamudin /Jalan Raja, Jalan Parlimen /Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman /Jalan Tun Perak dan Jalan Lebuh Ampang /Jalan Tun Perak," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggunakan pengangkutan awam bagi meminimumkan kesesakan di pusat bandar.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026