Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kadar Tol Kekal Di 10 Tol - Bukan Keputusan Mudah

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini bukanlah satu langkah mudah, namun ia dibuat dengan penuh pertimbangan dan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu mencerminkan iltizam Kerajaan Madani yang mengutamakan suara rakyat dalam setiap dasar yang dilaksanakan.

“Keputusan ini bukan mudah, tetapi ia dibuat dengan pertimbangan yang sangat teliti dan penuh tanggungjawab. Ini membuktikan bahawa suara rakyat didengar dan diberi keutamaan dalam setiap dasar kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, keputusan itu dijangka memberi manfaat kepada hampir sejuta pengguna lebuh raya setiap hari, khususnya mereka yang berulang-alik ke tempat kerja.

image.pngimage.png

Melalui inisiatif itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan bersetuju membayar pampasan lebih RM500 juta kepada syarikat konsesi agar operasi dan penyelenggaraan lebuh raya kekal lancar.

Berikut adalah senarai 10 lebuh raya terlibat:

1.Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)

2. Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar)

3. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)

4. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)

5. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

6. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

7. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

8. Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)

9. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

10. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

Menurutnya, sebagai balasan terhadap komitmen ini, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) akan menanggung pampasan sebanyak lebih RM500 juta kepada syarikat konsesi yang terlibat, agar operasi dan penyelenggaraan lebuh raya tetap berjalan dengan baik dan selamat untuk semua.

"Bagaimanapun, Kerajaan MADANI amat memahami tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat ketika ini. Oleh itu, langkah ini diharap dapat meringankan beban pengguna lebuh raya," ujarnya.

Gallery

Tag:

MEX Highway
Grandsaga
South Klang Valley Expressway (SKVE)
Duta-Ulu Klang Motorway (DUKE)
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jangan Lalu Atas Garisan Hitam Ini

Penunggang motor dedah ‘Garisan Hitam’ di susur keluar MEX jadi perangkap maut waktu hujan.

18-05-2026
Berita Auto

Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk

Tragedi MEX: Pempengaruh 'Advance Gaming' Maut, Isteri Cedera Angkara Pemandu Mabuk.

24-04-2026
Berita Auto

Lebuhraya MEX Sesak Teruk, Rupanya Disebabkan Kemalangan

Kelihatan lorong kanan dan tengah terhalang sehingga mengakibatkan trafik menjadi perlahan.

10-06-2025
Berita Auto

Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol

Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) sudah bermula di 12 lebuhraya utama .

08-09-2023
Berita Auto

Pengguna Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Untuk Lepas Tol MEX

Mulai hari ini, pengguna Lebuhraya Mex boleh bayar tol guna kad debit, kredit.

03-08-2023
Berita Auto

LDP, KESAS, MEX, SMART, SPRINT Bakal Guna Pembayaran Kad Debit/Kredit

Sebanyak lima lagi lebuh raya bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka tol.

28-03-2023
Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025
Berita Auto

Perdana Menteri Umum Tiada Kenaikan Kadar Tol Di 10 Tol

Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan 10 tol supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

23-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026