Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lelaki Maut, Tercampak Dari Flyover Setinggi 21 Meter

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh dari jejambat (flyover) setinggi kira-kira 21 meter, di Susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha YZF-R15 yang ditunggang mangsa dari Persiaran Mokhtar Dahari dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar pembahagi 'flyover’.

"Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak dan terjatuh ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa dari ketinggian lebih kurang 21 meter," katanya.

image.png

Mangsa berusia 23 tahun yang merupakan seorang kakitangan sokongan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana saksi bebas yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 012-2836851," katanya.

Gallery

Tag:

Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (DASH)
penunggang motosikal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelajar Tercampak Dari Jejambat DASH, Ini Kata Prolintas

PROLINTAS mengakui struktur di bahagian selekoh bertingkat dibina mengikut spesifikasi diluluskan pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.

25-08-2025
Berita Auto

Kemalangan Di Lebuhraya Dash: Pelajar Kolej Maut, Tercampak Dari Ketinggian 21 Meter

Seorang pelajar maut selepas tercampak dari ketinggian 21 meter di jejambat susur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

24-08-2025
Berita Auto

LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

Pengguna lebuh raya kini dapat membuat pembayaran tol dengan lebih mudah melalui Sistem Pembayaran Tol Terbuka di empat lagi lebuh raya Prolintas.

02-05-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di Lebuh Raya DASH

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat tercampak ke bawah lebuh raya DASH.

26-02-2025
Berita Auto

Orang Lain Pun Kerja, Sempat Je Perbaharui Cukai Jalan

Seorang lelaki yang memandu kereta Ferrari 488 Spider ditahan gara-gara menggunakan cukai jalan tamat tempoh.

26-06-2023
Berita Auto

Padah, Lumba Haram Di DASH

Pihak polis sudah mencekup dua mekanik yang didapati berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Shah Alam, semalam.

28-02-2023
Berita Auto

Tular Video Aksi Drift Di Hadapan Plaza Tol DASH

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan seorang pemandu kereta jenis Nissan 180SX melakukan aksi drift di hadapan plaza tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

27-02-2023
Berita Auto

Satu Nyawa Melayang Setiap 80 Minit, 70% Penunggang Motosikal

Kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan 6,000 kematian dengan purata satu nyawa terkorban setiap 80 minit.

11-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026