Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Isnaini Mohd, 42, dan anaknya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, dari Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu manakala pemandu lori yang juga suami Isnaini, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, parah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizurah Abdul Kadir berkata kejadian di laluan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, kira-kira jam 4 petang ketika lori berkenaan dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu selepas mengambil peralatan pendawaian elektrik di Kuantan.

image.png

Katanya, Khairul Syahmi dipercayai gagal mengawal lori tiga tan dipandunya selepas tayar belakang kenderaan itu pecah secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan pulang ke Manir.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan Khairul Syahmi gagal mengawal kenderaan dipandunya susulan tayar belakang lori berkenaan pecah.

"Kemalangan itu menyebabkan Khairul Syahmi, Isnaini dan Muhammad Al Amin tercampak keluar daripada lori," katanya ketika mengesahkan kejadian itu.


Gallery

Tag:

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
kemalangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
Berita Auto

RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT.

18-08-2026
Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: 3.27 Juta Kereta Banjiri Lebuhraya, Rancang Perjalanan Anda!

Bagi yang merancang untuk balik kampung atau bercuti pada hujung minggu ini, anda dinasihatkan merancang perjalanan anda memandangkan 3.27 juta bakal menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara.

10-02-2026
Berita Auto

Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan.

24-12-2025
Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025
Berita Auto

Cuti Sekolah Seminggu: 2.2 Juta Kereta Sehari Di Lebuhraya PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.

11-09-2025
Berita Auto

Tiada Liputan Internet Di Lebuhraya, Pasukan Petugas Khas Bakal Selesaikan Masalah Tersebut

Lebih 50 kilometer jajaran lebuh raya dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

30-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026