Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MOF Sahkan Pembatalan Cukai Barangan Bernilai Tinggi – Ini Strategi Alternatif...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-BMW-i5-eDrive40MSport-Ext-(19).jpg


Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai bernilai tinggi (HVGT).


HGVT yang sebelum ini dikenali sebagai cukai barangan mewah pada asalnya dijadualkan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2024, namun ditangguhkan susulan bantahan daripada pemain industri. Kadar cukai dicadangkan ialah sekitar 5% hingga 10%, yang bakal melibatkan barangan bernilai tinggi seperti kereta berharga lebih RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barang kemas bernilai lebih RM10,000.


Parliament-WrittenAnswer-Q46-29July2025-(1).jpgParliament-WrittenAnswer-Q46-29July2025-(2).jpg


Sekiranya dilaksanakan, kerajaan menganggarkan kutipan HVGT mampu mencecah sekitar RM700 juta. 


MOF turut menjelaskan bahawa walaupun HVGT tidak diteruskan, prinsip dan sebahagian elemennya telah diadaptasi dalam sistem cukai jualan yang baharu, di mana barangan mewah dan pilihan kini dikenakan kadar antara 5% hingga 10%.


Bagi menampung kekurangan potensi hasil daripada HVGT, kerajaan juga telah memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan  (SST) yang mula berkuat kuasa bulan ini (Julai 2025). 


Langkah Pengukuhan Kutipan Hasil Negara


Caricarz-TA-Lamborghini-Temerario-MY-Launch-17.jpgCaricarz-TA-Mercedes-AMG-GT-SL-63-Launch-4.jpg


MOF menjelaskan bahawa pelbagai langkah telah diambil melalui cukai langsung dan tidak langsung bagi memperkukuhkan kutipan hasil negara. Pengumuman ini dibuat sebagai jawapan bertulis kepada pertanyaan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang meminta Menteri Kewangan mengupas unjuran peningkatan pendapatan negara daripada pelaksanaan beberapa reformasi fiskal.


Hasil Reformasi Cukai


Beberapa inisiatif cukai yang sedang atau bakal dilaksanakan termasuk Cukai Keuntungan Modal (CGT), Cukai Perkhidmatan Digital (StoDs), Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG), peluasan SST serta rasionalisasi subsidi. 


Kerajaan berjaya memperoleh pulangan hasil dan penjimatan yang signifikan yang mana kutipan CGT sejak 1 Mac 2024 dianggarkan berjumlah RM800 juta setahun, manakala StoDs memberikan pulangan sebanyak RM1.6 bilion pada tahun 2024. Sementara itu, pelaksanaan LVG menyumbang sekitar RM500 juta bagi tahun 2024. 


Semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 pula dijangka menambah hasil negara sebanyak RM5 bilion bagi tahun 2025 dan meningkat kepada RM10 bilion pada 2026. Selain itu, rasionalisasi subsidi diesel telah menjana penjimatan dana kerajaan sebanyak RM600 juta setiap bulan.

Sumber: Berita Harian

_A748520.jpg

Tag:

Cukai Barangan Bernilai Tinggi
Cukai Barangan Mewah
HGVT
Cukai Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025