Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95: Kerajaan Jamin Tidak Akan Beri Kesan Negatif

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, kerajaan masih memperhalusi kaedah terbaik sebelum melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 bagi memastikan langkah tersebut tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri telah menekankan bahawa sebarang keputusan berkaitan subsidi perlu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati.

“Perdana Menteri ada menyatakan pandangan bahawa beliau tidak mahu pelaksanaan dasar-dasar yang akan mendatangkan kesan yang negatif kepada majoriti rakyat.

“Itulah antara sebab kenapa setelah pelaksanaan beberapa dasar sebelum ni sama ada penyasaran semula subsidi diesel dan beberapa ikhtiar yang lain kita lihat perlu ada sedikit penelitian,” katanya.

Fahmi berkata, perkara tersebut turut dibincangkan dalam permukiman bersama ahli-ahli Parlimen baru-baru ini, dan kerajaan komited memastikan setiap langkah diambil dengan mengambil kira kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

“Perlu pastikan tidak ada kesan knock on effect yang negatif maka kalau kita lihat dalam isu peluasan skop SST juga ada beberapa perkara yang telah diteliti setelah diumumkan maka beberapa penyesuaian dilaksana.

“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana, tapi telah dibayangkan ataupun disebut sebelum ini mengenai RON95,” katanya.

image.png

Terdahulu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan kerajaan akan mengumumkan mekanisme lengkap bagi melaksanakan penyelarasan subsidi minyak petrol RON95 kepada rakyat selepas separuh pertama tahun ini dengan menggunakan sistem pengenalan diri MyKad dan dua kadar harga.



Gallery

Tag:

penyasaran subsidi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95

Langkah itu dilihat perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatinterhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh AS.

05-05-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi Terbukti Berkesan, Kenderaan Asing Kurang Singgah Stesen Minyak

Kehadiran kenderaan asing mengisi minyak diesel di stesen minyak berdekatan sempadan negara menunjukkan penurunan yang ketara.

25-06-2024
Berita Auto

Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM

Penyasaran subsidi diesel dilakukan demi menyelamatkan negara, dedah Perdana Menteri.

10-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026