Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, dua  set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya  hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.  Menurutnya, ia bagi tujuan ujian pentauliahan kereta api penumpang dan kargo yang akan dilaksanakan pada Jun 2026.

image.png

Untuk fasa seterusnya, sembilan lagi set EMU dan 18 lokomotif akan diterima secara berperingkat sekitar April hingga Mei tahun depan.

"Secara keseluruhan kita ada 11 EMU untuk pengangkutan penumpang dan 20 lokomotif bagi perkhidmatan kargo," katanya.

Difahamkan, MRL akan menghantar 109 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjalani Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) ke Liuzhou, China secara berperingkat pada Ogos hingga Oktober tahun ini.

Semua pelatih dijamin mendapat peluang pekerjaan di ECRL selepas tamat tempoh latihan dengan tawaran gaji permulaan sebanyak RM3,000.

"Kita menghantar 101 pelajar IPT seperti politeknik dan MARA untuk program PLKI-ECRL pada Mei lalu.

image.png

"PSMZA bertuah kerana kira-kira 60 pelajarnya terpilih mengikuti program berkenaan. Sinergi antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan industri adalah asas penting untuk membentuk tenaga kerja masa hadapan yang berkemahiran tinggi, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran global," katanya. 

Gallery

Tag:

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Technical and Vocational Education Training (TVET)
electric locomotives (E-Loco)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) memohon maaf ekoran insiden struktur sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor semalam.

19-11-2025
Berita Auto
Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

Seorang pemandu terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di MRR2.

18-11-2025
Berita Auto
Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap

Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap

Kerja-kerja sivil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang jajaran dari Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak sudah siap, baru-baru ini.

05-11-2025
Berita Auto
Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi  Suspek

Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek

Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek.

18-09-2025
Berita Auto
Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.

11-09-2025
Berita Auto
Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Nampaknya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji mengenai cadangan untuk menyambung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Pasir Mas.

23-07-2025
Berita Auto
Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.

17-07-2025
Berita Auto
Tiada Cadangan Untuk Perluas ETS Ke Pantai Timur

Tiada Cadangan Untuk Perluas ETS Ke Pantai Timur

Kerajaan masih belum ada cadangan untuk memperluaskan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke pantai timur kerana masih belum ada kemudahan landasan untuk operasi tren elektrik.

15-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026
Berita Auto
Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar  RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.

06-02-2026
Berita Auto
Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun ini.

06-02-2026
Berita Auto
Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto
Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto
Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto
Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto
Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026