Link Copiedcheck_circle
EV

Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama kenderaan elektrik dari Croatia, Rimac,  mendedahkan bahawa ia telah melengkapkan satu lagi pecutan mencipta rekod apabila hypercar elektriknya,  Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp  serta dipadankan dengan  empat motor elektrik telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.

image.png

Difahamkan, mereka telah mengatasi pencapaian itu dengan memecahkan sejumlah 24 rekod prestasi baharu.

Pencapaian  kali ini ialah rekod baharu untuk 0-400-0 KM/J. Model asal Nevera pernah mencatat dan memegang rekod ini pada 2019 dengan masa 29.93 saat, namun pesaing dari Sweden, Koenigsegg, menewaskannya pada tahun 2024. Ketika itu, ia yang menggunakan  model Jesko Absolut berenjin V8 apabila berjaya mencatatkan masa 27.83 saat.

Bagaimanapun, percubaan rekod terbaharu Rimac itu telah mencetuskan bahang apabila model Nevera R yang dinaik taraf itu Berjaya mencatat masa 25.79 saat iaitu 2.04 saat lebih pantas daripada Jesko dan 4.14 saat lebih laju berbanding model Nevera asal.

image.png

Untuk perbandingan,  Rimac Nevera R turut mencatat rekod baharu  apabila mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 1.72 saat. Ia juga mencatat peningkatan masa untuk pecutan 0-200 KM/J pada 3.95 saat dan 0-300 KM/J pada 7.89 saat. Manakala pecutan 0-400 KM/J itu sendiri mengambil masa 17.35 saat.

Selain itu, Nevera R juga menetapkan rekod baharu bagi kelajuan maksimum EV (V-Max) dengan kelajuan puncak 431.45 KM/J.

image.png

“Dalam satu generasi sahaja, kami telah mencipta lonjakan prestasi yang sebelum ini akan mengambil masa berdekad.

"Namun kini, melalui inovasi tanpa henti, Nevera R bergerak lebih pantas, selain mengekalkan sebahagian besar keselesaan dan praktikaliti yang menjadikan Nevera sebuah kereta harian yang benar-benar boleh digunakan,” kata Pengasas dan Ketua Syarikat, Mate Rimac

Gallery

Tag:

Rimec Nevera R
Koenigsegg Jesko Absolut
Koenigsegg
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Dahsyat! Ini Rupanya Kereta Terpantas Di Dunia! – 1600HP

Dahsyat! Ini Rupanya Kereta Terpantas Di Dunia! – 1600HP

Apakah kereta yang terpantas di dunia? Ini pendedahannya...

21-08-2023
Berita Auto
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.

10-09-2021
Global
Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera  1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya

Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya

Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.

27-06-2025
Global
KOENIGSEGG CC850 2023, Kereta Manual, Tapi Power

KOENIGSEGG CC850 2023, Kereta Manual, Tapi Power

Koenigsegg CC850 ditayangkan kepada umum.

23-08-2022
Berita Auto
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.

10-09-2021

Berita Terkini

EV
Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
Spek Zeekr 8X Didedahkan, Bateri 70kWj, Gerak EV 328KM
EV
Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV
CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV
VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026