Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan (MoT) menafikan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang berpunca akibat kegagalan sistem perkhidmatan berkenaan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata, insiden itu berlaku disebabkan gangguan teknikal pada pam saliran infrastruktur terowong sedia ada di KLIA yang tidak termasuk dalam program penggantian Aerotrain baharu.

"Ia bukan disebabkan kelemahan sistem baharu Aerotrain seperti didakwa sesetengah pihak," katanya.

Beliau turut menegaskan pam tersebut merupakan sebahagian daripada infrastruktur lama lapangan terbang dan tidak termasuk dalam program penggantian sistem Aerotrain baharu.

“Apabila pam gagal berfungsi seperti yang sepatutnya, air hujan telah bertakung dalam terowong sehingga melepasi paras ambang keselamatan.

"Sistem keselamatan Aerotrain kemudian diaktifkan secara automatik sebagai langkah berjaga-jaga sementara operasi perkhidmatan itu digantung sementara waktu.

“Inilah cara sistem rel moden sepatutnya bertindak iaitu dengan mengutamakan keselamatan penumpang berbanding segala-galanya," jelasnya lagi.

image.png

Dalam pada itu, Anthony Loke turut menjelaskan insiden berasingan yang berlaku pada 2 Julai lalu melibatkan seorang penumpang yang menghalang pintu platform daripada ditutup sehingga menyebabkan operasi Aerotrain tergendala.

Tambah beliau, sistem keselamatan tren telah bertindak sewajarnya dengan menghentikan pintu daripada tertutup secara paksa bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada individu berkenaan.

image.png

Kedua-dua insiden ini walaupun menjejaskan kelancaran perjalanan pengguna, ini sebenarnya membuktikan keberkesanan sistem keselamatan Aerotrain baharu yang direka untuk menghentikan operasi sekiranya terdapat sebarang potensi bahaya,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa aset Aerotrain baharu dibina mengikut piawaian antarabangsa dan beroperasi dengan baik.

Pada minggu lepas,  Malaysia Airports mengesahkan perkhidmatan Aerotrain di KLIA dihentikan sementara susulan takungan air di terowong laluan tren akibat hujan lebat, pagi tadi.



Gallery

Tag:

KLIA Aerotrain
Minister of Transport YB Anthony Loke
Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa

Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain, semalam.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.

28-10-2025
Berita Auto

Apa Nak Jadi, Perkhidmatan Aerotrain Semakin Kerap Tergendala

Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali lagi tergendala malam tadi.

16-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Bawa 2 Juta Penumpang Sejak Mula Operasi 1 Julai

Aerotrain tetap membawa jumlah penumpang yang ramai biarpun berdepan beberapa insiden gangguan perkhidmatan.

28-08-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026