Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Patut Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Serta-merta, Anggap Terburu-Buru, Berat Sebelah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tak wajar gantung serta-merta lesen pemandu kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam!

Itu kata Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat. Memetik kenyataan beliau di akhbar Berita Harian sebagai berkata, langkah itu dilihat  terburu-buru, berat sebelah dan tidak dibuat mengikut lunas undang-undang.

Sebaliknya,  langkah yang  diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  sepatutnya turut dikenakan kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan persendirian.

Langkah itu dilhat berasas kerana purata kematian kemalangan jalan raya di negara ini adalah 16 orang sehari dengan hampir majoritinya membabitkan kenderaan persendirian.

Malah, dalam kes tertentu kemalangan maut membabitkan kenderaan berat, yang berpunca daripada kenderaan persendirian.

image.png

"Contohnya dalam kes di Nibong Tebal pada 18 Jun 2024, seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang bas ekspres.

"Ia jelas bukan berpunca daripada bas itu, jadi adakah pemandu bas berkenaan akan digantung Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) beliau kerana terbabit dalam kemalangan itu?," soalnya.

Terdahulu, media melaporkan lesen pemandu kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam yang terbabit kemalangan akan digantung serta-merta sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, tindakan tegas secara drastik itu antara langkah penambahbaikan diambil pihaknya bagi memastikan pemandu terbabit mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Tipper Malaysia, Datuk Michael Loo Leep Chye, menyifatkan pengumuman drastik JPJ itu 'separuh masak' dan tidak berperikemanusiaan khususnya terhadap pengusaha dan pemandu lori.

Leep Chye berkata, langkah itu juga umpama 'membunuh' penggiat industri pengangkutan apabila mereka dijadikan sasaran sebagai punca berlakunya kemalangan.

"Apabila JPJ umum untuk gantung lesen kenderaan barangan (GDL) dan PSV yang terbabit nahas, ia jelas menunjukkan kelemahan mereka dalam menangani isu kemalangan di negara ini.

"Sudahlah tiada perincian kesalahan bagaimana yang akan dikenakan penggantungan lesen.

"Sepatutnya ada kategori kemalangan yang bagaimana boleh mengakibatkan pemandu digantung lesen, takkan semua kes daripada ringan, sederhana hingga berat nak ambil tindakan sama? Jika ya, lumpuhlah industri ini," katanya.


Gallery

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026