Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Takungan Air Dalam Terowong, Punca Perkhidmatan Aerotrain Digantung

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara hujan lebat, perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digantung sementara selama lebih sejam pada pagi tadi ekoran takungan air dalam terowong tren.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan insiden itu berlaku sekitar pukul 11 pagi apabila salah satu pam saliran di terowong berkenaan mengalami kerosakan teknikal.

"Kejadian itu sekali gus menghalang proses penyahairan secara automatik pada tren berkenaan. “Sebagai langkah keselamatan, operasi tren dihentikan serta-merta sehingga kerja pembersihan dilakukan secara manual dan laluan disahkan selamat untuk digunakan.

“Perkhidmatan kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 12.15 tengah hari selepas menerima kelulusan daripada pasukan teknikal dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

MAHB berkata, perkhidmatan pengangkutan ke terminal satelit tidak terjejas sepanjang tempoh itu yang mana penumpang dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.

image.png

“Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan bagi memastikan sistem pam berfungsi dengan optimum pada masa akan datang terutamanya ketika cuaca buruk.

“Kami memberi jaminan bahawa pemantauan rapi terhadap sistem Aerotrain sedang dijalankan dalam fasa awal operasi ini bagi memastikan sebarang penyesuaian dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan perasaan berpuas hati terhadap perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang beroperasi secara sepenuhnya.

Untuk rekod, perkhidmatan tren automatik tanpa pemandu yang dimodenkan itu melalui kerja naik taraf bernilai RM456 juta menerusi Pelan Pemulihan Lapangan Terbang MAHB berjumlah RM742 juta.

Aerotrain yang menjadi ikon KLIA sejak 1998 ki kini dilengkapi set tren Alstom Innovia APM 300R yang serba canggih.



Gallery

Tag:

Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB)
KLIA Aerotrain
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

18-09-2025
Berita Auto
Selenggara Sistem Aerotren  Hanya Waktu Malam, Bukannya Waktu Puncak

Selenggara Sistem Aerotren Hanya Waktu Malam, Bukannya Waktu Puncak

KLIA akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren .

15-08-2025
Berita Auto
Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto
Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal

Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal

MoT menafikan gangguan perkhidmatan Aerotrain di KLIA Sepang berpunca akibat kegagalan sistem perkhidmatan berkenaan.

07-07-2025
Berita Auto
Aerotrain Dijangka Beroperasi 31 Januari 2025

Aerotrain Dijangka Beroperasi 31 Januari 2025

Kementerian Pengangkutan mengesahkan perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula menjelang 31 Januari 2025.

02-09-2024
Berita Auto
Aerotrain Bawa 2 Juta Penumpang Sejak Mula Operasi 1 Julai

Aerotrain Bawa 2 Juta Penumpang Sejak Mula Operasi 1 Julai

Aerotrain tetap membawa jumlah penumpang yang ramai biarpun berdepan beberapa insiden gangguan perkhidmatan.

28-08-2025
Berita Auto
Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto
Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto
iCaur Malaysia Rasmi Pembukaan Pusat Jualan & Servis Di Damansara – Ada Nintendo!

iCaur Malaysia Rasmi Pembukaan Pusat Jualan & Servis Di Damansara – Ada Nintendo!

iCaur Malaysia memperluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan perasmian cawangan baharu di iCaur Damansara melalui kerjasama dengan syarikat pengedaran, Carramax Luxe Sdn. Bhd.

13-10-2025
Berita Auto
Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor

Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan sebanyak RM10.692 bilion dalam Belanjawan 2026, naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

13-10-2025
Berita Auto
Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan

Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan

Polis menjangka sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.

13-10-2025
Berita Auto
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.

13-10-2025
Berita Auto
Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan

Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan

Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.

13-10-2025
Berita Auto
Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Kerajaan bercadang melaksanakan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dengan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari depan.

12-10-2025
Berita Auto
Lupuskan Kereta Lama Melebihi 20 Tahun, Pemilik Terima Geran Padanan RM4,000

Lupuskan Kereta Lama Melebihi 20 Tahun, Pemilik Terima Geran Padanan RM4,000

Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan lama melebihi 20 tahun.

11-10-2025
Berita Auto
Deepavali: Diskaun Tol 50% Bermula 17-18 Okt Ini

Deepavali: Diskaun Tol 50% Bermula 17-18 Okt Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun tol 50% sempena sambutan Deepavali bermula pada jam 12.01 tengah malam, 18 Oktober ini.

10-10-2025