Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tragedi 6 Beranak Terkorban: Kerajaan Akan Pasang Pagar, Lampu Jalan Di Sepanjang Sungai Korok

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas tragedi enam beranak maut, kerajaan akan meneliti cadangan membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di sepanjang laluan berhampiran Sungai Korok, Jitra, Kedah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu akan dibawa kepada perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aspek keselamatan di kawasan berkenaan ditambah baik.

"Kita difahamkan laluan ini tidak mempunyai lampu jalan dan keadaan agak gelap. Jadi, saya akan ikhtiarkan pemasangan lampu jalan bukan sahaja di kawasan ini, tetapi juga di kawasan gelap yang lain.

"Saya juga akan maklumkan perkara ini kepada menteri yang berkaitan kerana secara kebetulan saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya. Tindakan segera perlu diambil," katanya.

image.png

Putri Qisya adalah anak sulung kepada pasangan Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama empat anak mereka apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok, awal pagi Sabtu lalu.

Turut terkorban dalam kejadian itu ialah Putra Rayyan Nur, 9; Hawa Adriana Nur, 8; Annayla Humaira Nur, 7; dan Tuah Haydar yang berusia enam bulan.




Gallery

Tag:

zahid hamidi
sungai korok
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Enam Beranak Ditemui Lemas, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai Korok, Al-Fatihah

Kehilangan sebuah keluarga akhirnya terungkai apabila enam beranak yang dikhuatiri hilang itu ditemui maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam sungai.

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026