Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Van Sekolah Kemek, Mujur Semua Murid Terselamat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang pemandu van sekolah wanita tersepit, manakala tiga murid cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Bandar Dato Onn, tengah hari tadi.

Difahamkan, van sekolah terbabit membawa 22 murid yang baru pulang dari sekolah manakala pemandu treler terselamat. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Muhamad Azizi Zakaria, berkata kemalangan jalan raya itu membabitkan dua kenderaan iaitu van sekolah dan treler membawa muatan simen.

"Terdapat 22 murid dalam van sekolah itu dengan pemandu wanita berusia 45 tahun didapati tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan.

"Tiga murid turut mengalami kecederaan ringan, masing-masing membabitkan seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, manakala 19 pelajar lain tidak cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Azizi berkata, anggota bomba mengambil masa setengah jam mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya serta tiga lagi kanak-kanak lelaki cedera kepada pasukan ambulans untuk tindakan lanjut.



Gallery

Tag:

van sekolah
kemalangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kanak-Kanak Temui Ajal Selepas Tertinggal 5 Jam Dalam Van Sekolah

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam.

01-05-2025
Berita Auto

"Sita Van Sekolah Haram, Denda Semata-Mata Tidak Cukup." – Persatuan Pengusaha Bas

Tndakan tegas perlu diambil terhadap pengusaha van sekolah haram, bukan sekadar denda.

20-06-2024
Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto