Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Wajib Pakai Tali Pinggang Dalam Bas Sebab Mahu Elak Kematian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar  dalam bas ekspres dan persiaran bukan sekadar  peraturan sebaliknya bagi mengurangkan risiko lebih serius ketika berlaku kemalangan.

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.  Menurutnya, punca kecederaan parah dan kemalangan maut membabitkan kedua-dua jenis bas berkenaan adalah kerana kegagalan memakai tali pinggang keledar.

"Apabila berlaku kemalangan, kadang-kadang penumpang itu tercampak keluar kerana tak pakai tali pinggang. Ini antara punca yang menyebabkan kemalangan maut ataupun kematian dalam kemalangan bas.

"Jadi mesti dilaksanakan untuk penumpang bas, malah penumpang kereta pun peraturan itu sudah ada. Peraturan sedia ada memang mewajibkan pemakaian tali pinggang untuk penumpang di belakang," katanya.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli memaklumkan pihaknya akan menjalankan operasi pemantauan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas ekspres dan persiaran dengan cara anggota mereka menyamar sebagai penumpang.

Operasi bertujuan memastikan penumpang dan pemandu bas mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar demi keselamatan.

image.png

Loke  berkata anggota penguat kuasa JPJ sentiasa meningkatkan taktik penyamaran di stesen bas terpilih untuk memastikan peraturan itu dipatuhi.

"Pendekatan yang kita gunakan pada peringkat ini ialah banyak menggunakan samaran sebab kita nak lihat betul ke tidak pengusaha bas atau pemandu ini patuh kepada peraturan.

"Pemandu bas terbabit perlu bertanggungjawab dengan memberi peringatan kepada penumpang supaya memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Tindakan ini bukan kerana takut kena saman sahaja tetapi untuk kebaikan dan keselamatan mereka," katanya.

Loke turut menegaskan peraturan pemakaian tali pinggang keledar ketika menaiki bas ekspres atau persiaran dan kenderaan lain adalah seperti juga peraturan yang dikenakan ketika menaiki pesawat penerbangan.

"Mengapa kalau penumpang ambil dalam sektor penerbangan semua orang terima (peraturan pemakaian tali pinggang keledar), tapi mengapa ambil bas tak boleh terima?" katanya

Gallery

Tag:

bas eskpres
Bas persiaran
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Cekup 11 Bas Ekspres, Persiaran Tidak Sediakan Pemandu Kedua

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 11 bas ekspres dan persiaran yang tidak mempunyai pemandu kedua

17-09-2025
Berita Auto

Peranti Had Kelajuan Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa 1 Oktober

Kementerian Pengangkutan mengesahkan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) untuk kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres akan bermula 1 Oktober ini.

13-06-2025
Berita Auto

Bas Sekolah Bawa Rombongan Pengantin Ditahan di Terengganu

Pengusaha bas sekolah berani gunakan bas untuk bawa pengantin.

08-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026