Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik, Terdapat 112 Pengecas EV Di PLUS, LPT 2

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyediakan 112 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yang kini beroperasi di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

PLUS berkata, jumlah itu melepasi sasaran awal untuk menyediakan 100 stesen pengecas menjelang akhir 2025.

Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata inisiatif ini sejajar Pelan Hala Tuju Hijau PLUS 2.0 dan menyumbang kepada sasaran 1,000 stesen pengecas pantas di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (2021-2030).

"Poin (stesen) pengecas ini ditempatkan secara strategik di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah, serta stesen minyak terpilih bagi memastikan akses lebih mudah kepada pengguna EV.

"Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan rendah karbon, kemudahan ini turut dilengkapi dengan bumbung panel solar dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS)," katanya.

image.png

Ketua Pegawai Komersial PLUS, Mohd Fauzi Puniran, berkata semua stesen pengecas yang dipasang adalah jenis pengecas pantas arus terus (DCFC) yang mampu mengecas kenderaan sehingga 80 peratus dalam masa hanya 15 hingga 30 minit, bergantung pada spesifikasi kenderaan.

"Kuasa output adalah antara 47 kilowatt (kW) hingga 200 kW bagi menyokong perjalanan jarak jauh dengan masa pengecasan yang lebih pantas.

"Semua poin (stesen) pengecas ini menggunakan penyambung CCS2 universal, yang serasi dengan kebanyakan jenama EV utama di pasaran," katanya.

Menambah baik lagi pengalaman pengguna, PLUS turut merancang beberapa inisiatif baharu, termasuk pembukaan Hab EV Lebuhraya pertama Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) yang dijangka siap pada suku pertama 2027.

Pengguna boleh menyemak lokasi dan ketersediaan stesen pengecas ini melalui aplikasi mudah alih PLUS serta aplikasi pengendali lain seperti JomCharge, Gentari Go dan ChargEV.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026