Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aerotrain Bawa 2 Juta Penumpang Sejak Mula Operasi 1 Julai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah membawa hampir dua juta penumpang sejak ia beroperasi semula 1 Julai lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Aerotrain tetap membawa jumlah penumpang yang ramai biarpun berdepan beberapa insiden gangguan perkhidmatan.

"Kita akui ada beberapa insiden selepas Aerotrain ini dibuka semula, tetapi hakikatnya tak sampai tempoh dua bulan sejak 1 Julai, ia telah mengangkut hampir dua juta penumpang.

"Walaupun ada beberapa insiden yang kita tidak diinginkan, sudah tentu pihak Malaysia Airport Holdings Bhd. (Malaysia Airports) perlu berusaha sesungguhnya untuk memastikan bahawa gangguan-gangguan teknikal ini dapat diminimalkan atau disifarkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, perkhidmatan Aerotrain di KLIA amat kritikal yang mana pihaknya perlu memastikan pergerakannya tidak terjejas.

“Dalam mana-mana perkhidmatan rel, ia memang sentiasa berdepan satu cabaran tinggi tak kira di mana negara sekalipun.

“Bagaimanapun, kita minta Malaysia Airports supaya memantau perkhidmatan ini setiap hari bagi memastikan penyelenggaraan dibuat dengan baik setiap malam,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, hanya beberapa hari selepas beroperasi semula, Aerotrain mengalami gangguan sementara berpunca daripada kerosakan teknikal pam saliran di terowong sedia ada.

Aerotrain baru ini dilengkapi tiga gerabak yang menawarkan perkhidmatan tahap tinggi dengan kapasiti 270 penumpang bagi setiap perjalanan









Gallery

Tag:

KLIA Aerotrain
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa

Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain, semalam.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.

28-10-2025
Berita Auto

Apa Nak Jadi, Perkhidmatan Aerotrain Semakin Kerap Tergendala

Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali lagi tergendala malam tadi.

16-10-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026