Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Agong Berkenan Pandu Uji ETS dari KL ke Rawang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang, Selangor hari ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim berkata, Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi sebelum ke kokpit ETS2.

image.png

“Sultan Ibrahim kemudian berkenan dipersembahkan taklimat pemanduan di dalam kokpit oleh Kapten Roslan, Kapten Hairul Yani dan Kapten Syukri Ghazali.

“Turut bersama dalam taklimat itu, Ketua Kawalan Operasi KTMB, Sadun Abdullah, dan Inspektor Lokomotif, Kamal Asmawi,” katanya.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda dalam pemanduan berkenaan dari Kuala Lumpur-Rawang-Kuala Lumpur ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Teknikal (Menanggung Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KTMB), Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin.

image.png

Pemanduan berkenaan mengambil masa selama sejam secara keseluruhan.

Sultan Ibrahim mencipta rekod Malaysia Book of Records apabila menjadi Sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada tahun 2010 dan pernah memandu kereta api pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010),” katanya.

Katanya, Seri Paduka Baginda mendapat lesen memandu kereta api dan melakukan prosedur “turn table” bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan, sekali gus diiktiraf sebagai Sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari.

Gallery

Tag:

ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
YDPA Sultan Ibrahim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tiket ETS Ke Utara Sold Out

Tiket ETS Ke Utara Sold Out

Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...

19-03-2026
Berita Auto
Nak Balik Kampung Sambut Raya Cina, Ramadan? KTMB Tawar Diskaun ETS 20%
Berita Auto
KTMB Tawar Diskaun 30%  Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025
Berita Auto
Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

KTMB mengumumkan pembatalan perkhidmatan tren MySawasdee No.1004 (KL Sentral – Hatyai, 28 November 2025) dan MySawasdee No.1005 (Hatyai – KL Sentral, 1 Disember 2025).

25-11-2025
Berita Auto
Dalam 24 Jam: Lebih 80,000 Tiket KTMB Terjual

Dalam 24 Jam: Lebih 80,000 Tiket KTMB Terjual

Bayangkan, dalam 24 jam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menjual 82,896 tiket bagi perjalanan 1 Januari hingga 30 April tahun hadapan.

19-11-2025
Berita Auto
Deepavali: 2 Tren ETS Tambahan Disediakan Sempena Deepavali

Deepavali: 2 Tren ETS Tambahan Disediakan Sempena Deepavali

KTMB menyediakan dua Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan setiap hari bermula 17 hingga 22 Oktober bagi laluan Padang Besar – KL Sentral.

04-10-2025
Berita Auto
Kerajaan Bakal Tambah 50 Set Tren ETS, Komuter

Kerajaan Bakal Tambah 50 Set Tren ETS, Komuter

Kerajaan akan mendapatkan 50 set tren baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat .

25-08-2025
Berita Auto
Berita Baik!ETS3 KL-Kluang-KL Mula Operasi 30 Ogos Ini

Berita Baik!ETS3 KL-Kluang-KL Mula Operasi 30 Ogos Ini

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan akan mula beroperasi pada 30 Ogos ini.

25-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026