Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Minister-of-Transport-YB-Anthony-Loke.jpg

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal, sebaliknya masalah teknikal kecil yang telah berjaya diselesaikan dengan segera.

Beliau menjelaskan bahawa dalam mana-mana sistem, gangguan operasi seperti ini adalah hal biasa dan memerlukan penyelenggaraan berterusan dari aspek sistem dan perisian.

FW1485405_PTJ01_21062025_AEROTRAIN_KLIA-lpr-(1)-full_normal.jpg

“Bukan kerosakan, tetapi isu teknikal berupa pepijat dalam perisian. Dalam sistem teknologi, ada kalanya berlaku gangguan kecil yang perlu diperbaiki. Gangguan tersebut dapat diatasi dalam masa 15 minit,” katanya. 

Pengguna Aerotrain Tetap Tinggi Walaupun Gangguan Berlaku

gxecviwbiaaxuv_5501459_20250804152804-full_normal.jpg

Foto: X @afiqmukhtar

Anthony Loke turut menyatakan rasa kesal atas kejadian gangguan yang berlaku sepanjang bulan lalu, namun menegaskan perkhidmatan Aerotrain masih mencatatkan jumlah penumpang tinggi iaitu sekitar 1.5 juta orang sebulan dengan ratusan perjalanan setiap hari.

Beliau juga menyeru pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) agar lebih serius memantau kontraktor dan vendor yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan perkhidmatan tersebut.

Projek ETS3 Johor Bahru Berjalan Mengikut Jadual

Menteri Pengangkutan turut menjawab dakwaan bahawa projek Electric Train Service generasi ketiga (ETS3) ke Johor Bahru mengalami kelewatan. Beliau menegaskan projek ETS3 berjalan seperti perancangan dan bukan lewat.

“Saya sudah jelaskan beberapa bulan lalu bahawa projek ini dilaksanakan secara berperingkat, bukan bermakna berlaku kelewatan,” ujarnya.

Fasa pertama ETS3 telah mula beroperasi sehingga Segamat, manakala fasa kedua ke Kluang dijangka memulakan operasi sebelum 31 Ogos, diikuti fasa ketiga ke Johor Bahru Sentral menjelang penghujung tahun ini.

Tambah beliau lagi, kementerian kini menunggu pengesahan tarikh pelancaran rasmi fasa kedua, yang mana kereta api pertama akan dipandu oleh seorang VIP. Pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam bulan ini.

“Kami komited untuk memastikan perkhidmatan ETS3 bermula sebelum 31 Ogos,” tegasnya.

Baca: Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal

Sumber: Bernama


Tag:

Aerotrain
KLIA Aerotrain
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.

28-10-2025
Berita Auto

Penumpang Cuba Buka Pintu Aerotrain Secara Manual, Antara Punca Gangguan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sebanyak 19 kali dari 2 Julai hingga 30 September lalu.

15-10-2025
Berita Auto

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, beberapa peraturan bakal berkuat kuasa selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

30-06-2025
Berita Auto

Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkemungkinan besar akan dipanggil bagi memberikan keterangan.

03-02-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Hampir Kembali Beroperasi, Selesai 90 Peratus

Set pertama sistem pengangkutan penumpang automatik, atau aerotrain selesai 90%.

24-10-2023
Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026