Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Inisiatif Proton Young Talent (PYT) Cungkil Potensi Pelapis Automotif Negara

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_EMBARGO_Proton-X50_outdoor_rolling_-4.jpg


Awal hari ini, syarikat automotif negara, Proton, berkongsi maklumat mengenai inisiatif program latihan pengurusan Proton Young Talent (PYT) yang bermula sejak 2018. Sehingga kini, seramai 311 belia daripada 27 kelompok program ini telah mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat.


Menurut Proton, program ini menyediakan pendedahan menyeluruh dalam semua bidang penting automotif, daripada proses pembuatan canggih hinggalah kepada pengurusan jualan dan operasi strategik. Ia membantu golongan muda meningkatkan kepakaran mereka terutamanya dalam bidang pembuatan moden dan kenderaan elektrik (EV).


Wajah Muda Unit Elektrifikasi Proton 


Lan-Sue-Sim-PROTON-Young-Talent-Batch-19-from-PRO_NET.jpg


Salah satu contoh kejayaan daripada program PYT ialah Lan Sue Sim, 24 tahun, graduan sains komputer dan kecerdasan buatan (AI) yang kini berkhidmat di anak syarikat tenaga baharu milik penuh Proton, PRO-NET. Lan daripada Kelompok 19 PYT  diberi tanggungjawab penting untuk mengkaji pertumbuhan  pasaran EV yang pesat.


Menurut Lan, “EV masih lagi sesuatu yang agak baharu, oleh itu rasa bimbang yang timbul itu normal. Tetapi perubahan memang tidak boleh dielakkan dan selalunya sukar diterima.”


Bagaimanapun, tegas Lan, “EV menggunakan bateri yang tertutup dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi, serupa dengan model enjin pembakaran di mana-mana bahagian yang berisiko.” 


Peluang Timba Pengalaman Di Luar Negara 


Umaibala-AL-Rajendiran-PROTON-Young-Talent,-Batch-17-from-PROTON-R&D.jpeg


Calon PYT lain yang turut menjadi tumpuan ialah Umaibala A/L Rajendiran atau Bala, graduan kejuruteraan mekanikal yang menjalani latihan selama enam bulan di China bersama Proton R&D dan Geely. Bala, dari Kelompok 17, meluahkan keterujaan dengan kecekapan serta sokongan yang diterimanya sepanjang bekerja di sana.


Program ini membolehkan Bala cepat menyesuaikan diri dengan bantuan rakan sekerja tempatan dan mentor berpengalaman dari Malaysia dan Geely. Beliau kini semakin mahir dalam sistem suspensi dan brek kenderaan. 


Daripada Akauntan Kepada Komunikasi Korporat


Halisha-Halim-PROTON-Young-Talent-Batch-16-from-Group-Communication.JPG


Sementara itu, Halisha Halim dari Kelompok 16 PYT, yang merupakan seorang graduan perakaunan, kini berdiri sebagai sebagai sebahagian daripada pasukan Komunikasi Korporat Proton.


“Ramai ingat Proton hanya perlukan jurutera, tetapi sebenarnya terdapat banyak jawatan yang memerlukan kemahiran yang berbeza,” jelas Halisha yang kini bertanggungjawab menghasilkan kenyataan media rasmi dan menguruskan hubungan media demi membentuk imej positif Proton.


Mengulas mengenai program ini, Ketua Bahagian Pembelajaran & Pengurusan Bakat Proton, Shafinaz Binti Jamaludin berkata, “Visi kami adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang pelbagai, dinamik dan membangkitkan semangat dalam kalangan belia. Mereka diberi tanggungjawab besar serta peluang menimba pengalaman yang luas melangkaui bidang pembuatan.”

Baca: Kilang Proton Di Tanjung Malim Siap 90.4 Peratus Sepantas 6 Bulan, CKD EV Mula September?

Tag:

Proton Young Talent (PYT)
Inisiatif Proton
Bakat Muda Proton
Program Proton
PYT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026