Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jenama Jetour Laku Keras, Terima Lebih 2,000 Tempahan, 1,000 Unit Sudah Diserah Kepada Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jetour Malaysia terus mengekalkan momentum yang cukup positif kerana sudah menerima kira-kira  2,000 tempahan untuk kedua-dua model SUVnya,  Jetour Dashing dan VT9, baru-baru ini.

Seiring dengan tempahan tersebut, Jetour Malaysia juga telah menyerahkan lebih 1,000 unit  SUV itu kepada pelanggan di seluruh negara, sekali gus menandakan kemasukan yang kukuh bagi pengeluar automotif China yang sedang berkembang ini.

image.pngimage.png

Momentum positif ini turut disokong oleh perkembangan pesat rangkaian jualan dan perkhidmatan Jetour Malaysia. Sehingga Ogos, Jetour telah mengendalikan 20 cawangan yang terdiri daripada jualan, servis, alat ganti serta kemudahan badan & cat di seluruh Semenanjung Malaysia.

image.png

Bagi memenuhi standard pengguna Malaysia yang semakin meningkat, cawangan-cawangan ini dilengkapi dengan ruang istirahat premium, kemudahan berkualiti, serta ruang servis khusus untuk penyelenggaraan rutin yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah daripada Jetour Global Academy.

image.pngimage.png

Sementara itu, Pengarah Jualan Jetour Malaysia, Mohd Azhar berkata pihaknya mahu memastikan setiap rakyat Malaysia berada dalam jarak capaian kepada pusat Jualan dan Servis Jetour.

"Setiap pengedar direka untuk menawarkan pengalaman premium tetapi tetap mampu dicapai, selaras dengan DNA produk kami,” katanya.

Dengan 20 cawangan sedia ada, Jetour Malaysia berhasrat untuk mengembangkan rangkaian mereka kepada 30 pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Cawangan Jetour akan dibuka di sekitar Petaling Jaya, Seri Kembangan, Putrajaya, Sunway, Kota Damansara, dan sebuah lagi cawangan di Kepong.

Di Wilayah Utara pula, cawangan baharu akan dibuka di Sungai Petani, Bayan Lepas, dan sebuah lagi di Ipoh, manakala Wilayah Selatan akan menambah satu lagi cawangan di Melaka serta di Seremban. Di Pantai Timur, pengedar baharu akan dibuka di Kuantan, Temerloh, Bentong, dan Kota Bharu.

Tidak ketinggalan, Jetour Malaysia juga akan mengembangkan sayapnya ke Wilayah Malaysia Timur, dengan cawangan yang akan dibuka di bandar utama seperti Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.

Gallery

Tag:

Jetour Dashing
Jetour VT9
Jetour Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

26-08-2025
Kereta Baru

09-04-2025
Kereta Baru

28-03-2025
Berita Auto

17-03-2025
Berita Auto

08-01-2025
Kereta Baru

21-05-2024
Berita Auto

26-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026