- Berita
- Berita Auto
- Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api Trans-Borneo Siap 2026
Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api Trans-Borneo Siap 2026
Kementerian Pengangkutan yakin kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dijangka siap pada suku ketiga 2026.
Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan di Dewan Rakyat oleh Vivian Wong Shir Yee (PH–Sandakan), Kementerian Pengangkutan berkata, perunding tempatan telah dilantik untuk menjalankan kajian berkenaan.
"Kajian selama 12 bulan bermula Jun 2025 dan laporan akhir dijangka siap pada suku ketiga 2026," katanya.
Menurut Kementerian Pengangkutan, kajian tersebut akan melibatkan analisis perbandingan terperinci meliputi aspek teknikal, komersial, sosioekonomi, operasi, tadbir urus, dan faedah sosial.
"Hasil utama yang akan diserahkan oleh perunding termasuklah cadangan pelan strategik, jadual, pelan tindakan, dan garis masa untuk pelaksanaan yang berjaya, di samping memastikan penerimaan dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan utama," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/