Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api Trans-Borneo Siap 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan yakin kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dijangka siap pada suku ketiga 2026.

Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan di Dewan Rakyat oleh Vivian Wong Shir Yee (PH–Sandakan), Kementerian Pengangkutan berkata, perunding tempatan telah dilantik untuk menjalankan kajian berkenaan.

"Kajian selama 12 bulan bermula Jun 2025 dan laporan akhir dijangka siap pada suku ketiga 2026," katanya.

Menurut Kementerian Pengangkutan, kajian tersebut akan melibatkan analisis perbandingan terperinci meliputi aspek teknikal, komersial, sosioekonomi, operasi, tadbir urus, dan faedah sosial.

"Hasil utama yang akan diserahkan oleh perunding termasuklah cadangan pelan strategik, jadual, pelan tindakan, dan garis masa untuk pelaksanaan yang berjaya, di samping memastikan penerimaan dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan utama," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo.

Gallery

Tag:

Pan Borneo Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Projek Kereta Api Laju Di Langkawi Tapi Ada Sebabnya

Projek kereta api laju menggunakan teknologi maglev di Pulau Langkawi tidak diteruskan.

16-08-2025
Berita Auto

Ops Luxury: JPJ Sita Rolls-Royce, Tak Bayar Cukai Jalan RM29,000, Alasan Biasa, Lupa!

JPJ menyita sebuah kenderaan Rolls-Royce gara-gara gagal membayar cukai jalannya bernilai RM29,000 yang dikenakan untuk setahun.

16-08-2025
Berita Auto

Struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang Boleh Tahan Hingga 120 Tahun Tapi Perlu Diselenggara Teliti

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang direka dengan jangka hayat struktur sehingga 120 tahun namun perlu diselenggara dengan teliti.

16-08-2025
Berita Auto

Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat

Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.

15-08-2025
Berita Auto

Selenggara Sistem Aerotren Hanya Waktu Malam, Bukannya Waktu Puncak

KLIA akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren .

15-08-2025
Berita Auto

Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?

Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.

15-08-2025
Berita Auto

Kenderaan Singapura Buat E-Hailing Haram Di Malaysia, Tindakan Tegas Menanti

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan kewujudan kenderaan Singapura yang menjalankan perkhidmatan e-hailing kepada pelancong ke dalam negara secara haram.

15-08-2025
Berita Auto

Hab Komponen iCaur Shah Alam Sudah Sedia Lebih 10,000 Alat Ganti Menjelang Ketibaan iCaur 03

Menjelang pelancaran jentera elektrik rangginya yang pertama di negara ini, iCaur Malaysia telah merasmikan pembukaan hab komponen alat ganti di Shah Alam Hicom Industrial Estate.

15-08-2025