Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Import Pelbagai Jenis Tayar, Penuhi Penggunaan Tempatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Malaysia terpaksa mengimport pelbagai jenis tayar bernilai RM3.53 bilion pada tahun lalu semata-mata  memenuhi penggunaan tempatan sebanyak 22 juta unit setahun.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, berkata jumlah itu menyebabkan jutaan unit tayar menjadi bahan buangan sekiranya tidak dikitar semula.

Sehubungan itu katanya, bagi mengembangkan potensi tayar terpakai sebagai sumber ekonomi sikular, Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengambil langkah untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas bahan berkenaan.

Katanya, kajian turut dilaksanakan terhadap potensi penggunaan getah dari tayar terpakai yang diproses melalui kaedah seperti pemulihan getah, penyahvulkanan atau pirolisis

"Bahan ini berpotensi digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk sebagai bahan tambah dalam bitumen, pembuatan bata, bahan penurapan jalan, hamparan getah dan kasut.

"Kolaborasi dengan pelbagai pihak, termasuk institusi penyelidikan dan pemain industri digalakkan bagi memastikan lebih banyak produk baru dari tayar terpakai dapat dibangun dan dikomersialkan,," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN- Kuala Terengganu) yang meminta menyatakan bagaimanakah kementerian menyokong penghasilan produk inovatif berasaskan tayar terpakai serta pembangunan industri hiliran getah untuk mentransformasikan sektor ini ke arah ekonomi sirkular dan lestari serta insentif atau kerjasama strategik untuk memperkukuh penyelidikan, pengkomersialan dan penggunaan produk mesra alam ini di pasaran.



Gallery

Tag:

tayar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jom Tukar Tayar Raya Dengan Goodyear & Dapat Payung Percuma!

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear.

11-04-2023
Berita Auto

Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!

Continental Tyre Malaysia, meraikan ulang tahun ke-60 syarikatnya dengan melancarkan Total Confidence Plan (TCP) dan ganjaran e-dompet kepada pembeli tayar baharu.

03-04-2023
Berita Auto

Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7.

01-03-2023
Berita Auto

Lalui 850 Ujian! Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Kini Di Pasaran

Pengeluar tayar, Continental, kini menawarkan tayar berteknologi tinggi baharu, UltraContact UC7, bagi pengguna di negara Malaysia.

07-11-2022
Berita Auto

Tayar Mewah Cecah RM41K Dirampas Kastam! Ini Puncanya...

Dua buah Toyota Alphard yang dipenuhi dengan tayar kereta mewah telah ditahan oleh pihak kastam

03-10-2022
Berita Auto

Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!

Continental Tyres telah melancarkan produk Generasi 7 pertamanya di Malaysia, UltraContact UC7.

01-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026
Berita Auto

Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.

06-02-2026
Berita Auto

Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun ini.

06-02-2026
Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026