Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petron Catat Untung Bersih 3 Kali Ganda Walaupun Harga Minyak Menjunam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua 2025, dengan mencatat pendapatan bersih sebanyak RM41 juta, lebih tiga kali ganda berbanding RM13 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pencapaian ini didorong oleh pengoptimuman berterusan loji Penapisan Port Dickson yang meningkatkan kadar penggunaan loji serta pengeluaran produk petroleum bernilai tinggi, sekali gus membantu mengimbangi kesan turun naik harga minyak mentah dan kos inventori sepanjang tempohtersebut.

image.png

Disokong oleh jualan komersial yang kukuh dan operasi penapisan yang lebih efisien, jumlah jualan Petron pada suku kedua kekal stabil pada 9.0 juta tong.

image.png

Bagi separuh pertama tahun 2025, PMRMB mencatat pendapatan RM6.9 bilion, dengan pendapatan operasi meningkat sebanyak 9% kepada RM167 juta. Melalui strategi pengurusan risiko yang berkesan, termasuk pengurangan kos pembiayaan dan pendedahan harga komoditi, syarikat berjaya mencapai keuntungan bersih RM122 juta, peningkatan sebanyak 47% berbanding tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi PMRMB, Ramon S. Ang berkata, dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, kemampuan kami untuk meningkatkan kecekapan operasi, mengurus sumber dengan baik, dan mengurangkan risiko perniagaan adalah kunci kepada prestasi kukuh ini. 

"Kami komited untuk terus memperkukuh operasi, memperluaskan pasaran, serta memberikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan kami, di samping menyokong agenda kelestarian.

"Setakat ini, kami telah membuka 15 stesen minyak baharu di bawah kumpulan Petron Malaysia,” katanya.


Gallery

Tag:

Petron
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Petron Rinching Kumpul E-Sisa Secara Pandu Lalu

Petron Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada Sabtu lalu, telah melancarkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik & Elektronik (e-sisa).

24-06-2024
Berita Auto

Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

04-04-2024
Berita Auto

Isi Minyak Di Petron, Rebut Peluang Melancong Ke Korea

Ada berita baik buat pemegang kad P-Miles.

15-12-2023
Berita Auto

Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!

BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.

06-11-2023
Berita Auto

Selamatkan Diri Di Petron – Pekerja Terlatih, Ada Sudut Bantuan Keselamatan

26 pengusaha stesen minyak Petron menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penglibatan mereka dalam program Go-To-Safety-Point (GTSP).

31-10-2023
Berita Auto

Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...

Petron Malaysia kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Turkiye menjalankan kempen “Jom Jalan-Jalan Türkiye."

18-12-2022
Berita Auto

Kakitangan & Pengusaha Stesen Minyak Petron Turun Padang, Bersihkan Stesen Yang Dinaiki Banjir

Petron mengadakan kutipan derma melalui VIA untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas.

27-01-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026