Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untitled-design---2025-07-04T163921.973-full_normal-full_normal.jpg

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama. 

Reka Bentuk Stesen LRT Lama Tiada Pintu Perlindungan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menjelaskan bahawa reka bentuk awal stesen LRT tidak dilengkapi dengan pintu keselamatan di antara platform dan landasan tren. Ia berbeza dengan stesen-stesen MRT yang lebih terkini yang sudah dilengkapi dengan sistem keselamatan tersebut.

Kos & Masa Jadi Cabaran Utama

Loke-DashCam-(7)-full_normal.jpg

Menurut Anthony Loke, memasang pintu keselamatan di stesen LRT lama bukan perkara mudah kerana ia memerlukan pelan reka bentuk semula struktur keseluruhan stesen, sekaligus melibatkan kos yang tinggi serta proses yang memakan masa panjang.

Langkah Perlindungan Sementara: Polis Bantuan 

Untitled-design---2025-07-04T163954.926-full_normal-full_normal.jpg

Susulan tragedi kematian seorang lelaki OKU penglihatan yang digilis tren di Stesen LRT Wangsa Maju pada Februari lalu, Prasarana telah mengambil langkah sementara dengan menempatkan polis bantuan di stesen LRT bagi membantu golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

Penambahbaikan Kemudahan Mesra OKU Di KTM

Selain itu, kerajaan turut menumpukan perhatian dalam menaik taraf kemudahan mesra OKU di stesen-stesen lama Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang lama dan di luar bandar bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam lebih inklusif dan selamat untuk semua lapisan masyarakat.

Sumber: Kosmo



Tag:

Pengangkutan Awam
Pintu Penghadang LRT
Keselamatan OKU
Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Projek Tram Putrajaya 'Bungkus'! Kos RM212 Juta Terlalu Mahal

Harapan warga Putrajaya untuk melihat sistem Transit Aliran Automatik (ART) atau tram tanpa rel beroperasi di pusat pentadbiran negara nampaknya terkubur.

10-02-2026
Berita Auto

Operasi Rel, Bas, Van Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu 2026

Dah bersedia untuk ‘healing’ sambil melihat pertunjukan bunga api di ambang tahun baharu 2026 Rabu ini? Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kesesakan jalan raya atau harga e-hailing yang melambung tinggi.

29-12-2025
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Caj Masuk Bandar Buat Masa Ini, Risau Bebankan Rakyat – PMX

Kerajaan tidak merancang untuk mengenakan caj terhadap kenderaan persendirian yang memasuk kawasan bandar buat masa ini seperti yang dilaksanakan di beberapa negara lain.

30-09-2025
Berita Auto

Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.

04-08-2025
Berita Auto

Prasarana Tambah 310 Bas Diesel Sementara Tunggu Bas Elektrik

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam telah melancarkan 310 bas diesel baharu di bawah Program Penggantian Bas 2025.

15-07-2025
Berita Auto

Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.

05-06-2025
Berita Auto

PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam

Langkah itu dilihat dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam di negara ini.

05-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026