Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek RM6.25 Bilion Ipoh Sentral Tumpu Integrasi Pengangkutan Hijau & Pembangunan Lestari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PMX-Ipoh-Sentral-1.png


Projek Ipoh Sentral, selaras dengan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030, bertujuan menjadikan Ipoh hab pengangkutan moden, lestari dan keterhubungan yang baik, sambil memelihara warisan budaya serta memperkukuh komuniti setempat.


Projek yang dibangunkan berdasarkan prinsip berorientasikan transit (TOD) ini menggabungkan perkhidmatan rel, bas, teksi, e-hailing, laluan pejalan kaki dan berbasikal secara menyeluruh dalam kawasan bandar pelbagai guna. Ini menggalakkan budaya berjalan kaki, mengurangkan kebergantungan kepada kereta dan menyokong mobiliti bersih serta rendah karbon.


Majlis pecah tanah telah diadakan di tapak projek bertentangan Stesen Keretapi Ipoh dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. 


Dengan keluasan 27.11 hektar dan nilai pembangunan kasar RM6.25 bilion, projek ini merangkumi dua fasa pembangunan yang mana fasa 1 tertumpu kepada pemeliharaan kawasan hijau berkeluasan 2.5 hektar termasuk landskap dan taman rekreasi manakala fasa 2 terhadap pembangunan bercampur berkeluasan 24.4 hektar membabitkan pangsapuri servis, ruang pejabat, premis runcit, hotel dan kemudahan komuniti tambahan yang lain.


Ia dijangka menjana sehingga 19,000 peluang pekerjaan dan merancakkan sektor pembinaan, perkhidmatan serta pelancongan di Perak.


Ketersediaan sambungan rel terus ke KL dan Penang Sentral serta kedudukannya yang berhampiran lebuh raya utama, Ipoh Sentral bakal menjadi pintu masuk utama rantau ini. Data terkini menunjukkan permintaan pengangkutan awam semakin meningkat dengan peningkatan ketara dalam penggunaan ETS dan perkhidmatan komuter.


Projek ini juga membuka ruang kepada profesional bekerja di bandar utama untuk menetap di Ipoh atau negeri lain dengan kemudahan pengangkutan efisien yang menghubungkan mereka kepada pusat ekonomi utama.


Ipoh Sentral Sdn Bhd adalah sebuah usaha sama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menggabungkan Railway Assets Holding Sdn Bhd (RAH), yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di bawah Kerajaan Persekutuan; Silver Smart Sdn Bhd (SSSB), anak syarikat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Perak di bawah Kerajaan Negeri; serta Country Annexe Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Sumber: Bernama

Tag:

Projek Ipoh Sentral
Ipoh Sentral
Bandar Pintar Perak
Ipoh
Hab Penangkutan Ipoh
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil

Pemandu Mitsubishi Xpander diminta tampil untuk membantu siasatan.

04-04-2025
Berita Auto

Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands Dibuka 25 Nov Ini, - JKR

Orang Perak boleh menarik nafas lega kerana jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands akan dibuka semula pada 25 November ini.

07-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026