Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Setiap Tahun, RM15 Juta Dibelanja Untuk Selenggara Kamera AWAS

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, sebanyak RM15 juta dibelanjakan setiap tahun bagi penyelenggaraan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata jumlah itu meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan servis kamera serta sistem ‘back office’, selain mencetak saman AWAS.

Pada Januari lalu, The Edge melaporkan bahawa Infomina Bhd memperoleh kontrak tiga tahun bernilai RM22.35 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan bagi AWAS.

Menurut syarikat itu, kontrak tersebut merangkumi aplikasi ‘back-end’, infrastruktur pusat data, sistem pemulihan bencana, infrastruktur rangkaian dan sistem komunikasi.

image.png

Loke berkata sistem tersebut berjaya meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan jalan raya.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), kamera AWAS meningkatkan pematuhan sehingga 99% di lokasi ia dipasang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan dan menyelenggara Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).


Gallery

Tag:

Automated Enforcement System (AES)
Minister Of Transport (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pasang AES Di Menora Untuk Kurangkan Kemalangan

Pemasangan kamera AES berhampiran Terowong Menora bukannya untuk menambah pendapatan kerajaan.

29-08-2024
Berita Auto

Ini Dia Senarai Lokasi Kamera EKIN, Banyak Tempat Dah Ada

kerajaan kini menggunakan kamera pintar Ekin spotter.

14-08-2024
Berita Auto

Perhatian Buat Warga Perak! AES Sedang Diuji

Kamera AES dipasang bagi mendidik pengguna jalan raya.

11-06-2024
Berita Auto

MoT Perhalusi Bangunkan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Di Pulau Carey

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC).

05-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Bermula Tahun Depan, Tiada Lagi Diskaun Saman

Bermula tahun depan, semua saman tertunggak perlu dijelaskan mengikut prinsip baharu tanpa sebarang pengurangan tambahan.

23-10-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10

Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.

27-08-2025
Berita Auto

Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Kerajaan akhirnya mengharamkan pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026