Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Skuter Elektrik, Yadea Velax Dilancar, Boleh Capai 105 KM, Harga Cuma RM4,699 Tetapi Selepas Rebat MariiCas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Yadea  Malaysia memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya, Yadea Velax yang dijual pada harga serendah RM4,699, untuk pasaran tempatan.

Harga asal skuter elektrik ini adalah RM7,099 namun para pembeli yang layak menerima rebat sebanyak RM2,400  daripada Skim Galakan Pengunaan Motosikal Motosikal Elektrik (MariiCas)  berpeluang memiliki skuter ini pada harga cuma RM4,699.

Difahamkan, untuk mendapatkan rebat daripada MariiCas, anda perlu menyemak syarat kelayakan di  insentif.marii.my.

Yadea Velax bukan sahaja sarat dengan pelbagai ciri canggih namun direka untuk keselesaan serta kecekapan penunggang urban pada masa kini.

Untuk makluman, Yadao Velax ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 2,000W dengan kuasa maksimum 3,200W dan tork sehingga 172Nm.

Sistem pemacu elektrik sepenuhnya menjanjikan tunggangan yang lancar dan bebas emisi, manakala bateri LFP 72V30Ah menyokong kelajuan maksimum sehingga 62km/jam dan jarak tunggangan anggaran sekitar 105km dengan sekali cas penuh.

image.pngimage.png

Skuter elektrik ini hanya memerlukan enam jam untuk cas dari 0 hingga 80 peratus dan lapan jam untuk pengecasan penuh.

Dari segi dimensi, Yadea Velax ini berukuran  1,944mm panjang, 704mm lebar dan 1,097mm tinggi, dengan jarak roda 1,331mm dan kelegaan tanah 145mm.

Ketinggian tempat duduk ialah 760mm, seklai gus membuatkan ia sesuai untuk pelbagai jenis penunggang, manakala berat motosikal ini ialah 110kg (termasuk bateri) atau 92kg (tanpa bateri).

image.png


Selain itu, bahagian hadapan dan belakangnya dilengkapi tayar bersaiz 90/90-14 dan 100/90-14 serta rim sport, digandingkan dengan sistem brek cakera CBS di kedua-dua roda dimana ia mampu memberikan kawalan membrek yang lebih stabil. Sistem suspensinya pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang.

Lebih menarik, Yadea Velax  dilengkapi dengan penarafan kalis air IPX7 termasuk bahagian motor dan bateri yang membolehkannya beroperasi seperti biasa walaupun berada di dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.

Dengan tayar bersaiz 14 inci di depan dan belakang, skuter elektrik ini juga mampu meredah air sehingga kedalaman 300mm.

image.pngimage.png

Dari sudut teknologi dan fungsi praktikal, YADEA VELAX dilengkapi paparan meter digital, port pengecas USB Type-A, sistem pencahayaan penuh LED (lampu hadapan, belakang dan isyarat), ciri lampu hazard, suis keselamatan tongkat sisi, ruang penyimpanan hadapan serta ruang bawah tempat duduk. Model ini juga menyokong aplikasi YADEA untuk fungsi pemantauan pintar.

Dengan setiap pembelian YADEA VELAX, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Blue, Black dan Grey. Apapun, jangan lupa semak syarat kelayakan untuk mendapatkan rebat MariiCas! 



Gallery

Tag:

Yadea Velax
Yadea Velax e-Scooter
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026