- Berita
- Berita Auto
- Subsidi RON95: Kerajaan Ambil Kira Pemilikan Rumah, Kereta Mewah, Pendapatan Bulanan
Subsidi RON95: Kerajaan Ambil Kira Pemilikan Rumah, Kereta Mewah, Pendapatan Bulanan
Nampaknya, pemilikan hartanah, pendapatan bulanan dan kenderaan mewah antara kriteria tambahan ditetapkan dalam menentukan kelayakan seseorang untuk mendapatkan subsidi petrol RON95.
Menteri Kewangan Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan akan membuat perincian berpandukan a pelbagai sumber data.
“Antaranya penggunaan data pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ini bagi memastikan pendekatan lebih menyeluruh dapat diambil bagi memastikan bantuan disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Beberapa kriteria tambahan turut akan diambil kira termasuk pemilikan hartanah dan kenderaan mewah, selain pendapatan bulanan, sebelum keputusan akhir dimuktamadkan dan diumumkan menjelang akhir September,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat untuk menjawab soalan Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 serta mekanisme dan pengkelasan penerima.
Perdana menteri berkata kerajaan kekal komited melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 yang tidak memberi kesan kepada 85% rakyat Malaysia tidak akan terkesan secara langsung.
“Hanya bukan warganegara serta mereka yang benar-benar berkemampuan akan dikecualikan daripada menerima subsidi,” katanya.
Pada 22 Julai lalu, Anwar mengumumkan harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu.
Gallery


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/